Infotainment

‘Kubur Abang Aku Merah Lagi’ – Pelakon Popular ‘Serang’ IG Adik Arwah Benjy, Tuduh Keluarga Tak Bantu

‘Kubur Abang Aku Merah Lagi’ – Pelakon Popular ‘Serang’ IG Adik Arwah Benjy, Tuduh Keluarga Tak Bantu

'Kubur Abang Aku Merah Lagi' – Pelakon Popular 'Serang' IG Adik Arwah Benjy, Tuduh Keluarga Tak Bantu 1

Kini Trending

'Kubur Abang Aku Merah Lagi' – Pelakon Popular 'Serang' IG Adik Arwah Benjy, Tuduh Keluarga Tak Bantu 2

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Ahad lalu di sebuah hospital di Medan, Indonesia akibat asma.

Artikel berkaitan : ‘Dia Contact Kak Dina Untuk Bantuan’ – Wardina Syukur Sempat Bantu Benjy, Kongsi ‘Perit’ Yang Dihadapi Arwah

Artikel berkaitan : Adik Kongsi Momen Terakhir, Arwah Benjy Sempat Nyanyi Lagu ‘Birthday’, Pernah Pesan Tak Perlu Bawa Balik Jenazah

Artikel berkaitan : ‘Sebagai Seorang Abang & Anak, Dia Sempurna’ – Adik Benjy

Baru-baru ini, adik kepada Allahyarham Benjy, Inessa Irdayanty kecewa apabila dia menerima satu kiriman mesej daripada seorang pelakon wanita yang menuduh keluarganya tidak mengambil berat sepanjang arwah di penjara.

'Kubur Abang Aku Merah Lagi' – Pelakon Popular 'Serang' IG Adik Arwah Benjy, Tuduh Keluarga Tak Bantu 4

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Inessa di akaun Instagram, pelakon wanita berkenaan dikatakan telah melempar tuduhan terhadap keluarganya seolah-olah mereka tidak mengambil peduli mengenai arwah Benjy.

Macam mana awak boleh cakap awak sayang abang awak sendiri tapi dia yang minta tolong daripada orang lain untuk bayar bil perubatan? Pakaian arwah tak tukar dua tahun.

Hati jenis apa you orang miliki dengan membiarkan seorang abang sakit dalam penjara. Saya sedih, sedih amat sangat, terkilan tak dapat bantu arwah.. Malangnya dia tidak menghubungi saya atau saya akan pastikan lepas dia habis hukumannya dan balik ke Malaysia dengan bangga. Dia merupakan salah satu pelakon terbaik.

Individu berkenaan turut mengatakan bahawa jika Allahyarhamah Azean Irdawaty masih hidup dan mengetahui perkara ini terjadi pasti dia akan berasa sangat sedih.

Tak malu ke tak ada hati perut ke no humanity ke sampai abang nak bayar bil perubatan RM500 sahaja tak mahu tolong? Selfish.. Evil.

'Kubur Abang Aku Merah Lagi' – Pelakon Popular 'Serang' IG Adik Arwah Benjy, Tuduh Keluarga Tak Bantu 6

Akibat terkesan dengan tuduhan yang dilemparkan, Inessa tampil menjelaskan bahawa dia sendiri telah berusaha untuk membantu meringankan beban arwah abangnya serta menyara keluarganya juga. Jelasnya lagi, dia tidak pasti sama ada akaun pelakon wanita terbabit adalah akaun yang betul ataupun tidak.

Aku tak habis menangis lagi, tanah kubur abang aku masih merah lagi, kau boleh tanya aku benda macam-macam ni? Kau cari pasal!

Pada mulanya dia enggan mempedulikan mesej berkenaan, namun apabila individu tersebut membabitkan arwah ibu serta kakaknya, dia sudah tidak tahan lagi dan bertindak untuk menjelaskan segalanya.

Kat profile tulis takziah lah awak idola saya lah apa bagai, lepas tu dekat aku tergamak tulis macam tu. Kau tahu tak berapa banyak kakak aku bagi kat Ben tiap-tiap bulan? Kau tahu kakak aku kerja sampai 7 pekerjaan dalam satu masa! Sampai masuk hospital banyak kali dan doktor suruh dia berhenti kerja sebab dia bagai nak mati cari duit.

Tambahnya, selama empat tahun dia telah menghabiskan duit demi menjaga bapanya yang sedang sakit. Lebih perit lagi apabila Inessa terpaksa menjaganya seorang diri.

Kau tahu ke ayah aku hampir mati 5 kali dah dalam 4 tahun ni, aku handle sorang? Kau tahu berapa ribu aku belanja tiap-tiap bulan nak jaga ayah aku? Aku tak pernah minta tolong sesiapa pun.

'Kubur Abang Aku Merah Lagi' – Pelakon Popular 'Serang' IG Adik Arwah Benjy, Tuduh Keluarga Tak Bantu 8

Walau bagaimanapun, Inessa turut mendedahkan yang dia sudah beberapa kali menangguhkan majlis perkahwinannya akibat menghadapi masalah kewangan.

Kau tahu ke berapa kali aku dah plan nak kahwin, aku kena batalkan? Berapa banyak duit aku simpan nak kahwin lepas tu habis belanja sebab nak tolong mak aku, tolong abang aku lepas tu tolong ayah aku. Bukan sekali dua kali, okay?

Adik kepada arwah Benjy ini juga memberitahu selama sembilan tahun dia menyimpan duitnya, namun duitnya habis kerana menolong keluarga dan terpaksa membuat majlis nikah secara kecil-kecilan semasa COVID-19 tahun lepas.

Dalam pada itu, Inessa bersama suaminya juga pernah berusaha memulihkan kesihatan arwah Benjy sebelum dipenjarakan pada lima tahun yang lalu.

Kau tahu ke berapa kali aku menangis minta ampun dengan abang aku sebab aku tak mampu nak tolong lebih? Kau tahu ke berapa kali abang aku yang minta ampun dekat aku untuk semua yang telah terjadi?

Kalau mak aku tahu semua ni? Percayalah kalau arwah mak aku nampak mesej ni, dua-dua belah muka kau dah kena tampar dah!

Sumber : inessukamakan


'Kubur Abang Aku Merah Lagi' – Pelakon Popular 'Serang' IG Adik Arwah Benjy, Tuduh Keluarga Tak Bantu 10

The following two tabs change content below.



'Kubur Abang Aku Merah Lagi' – Pelakon Popular 'Serang' IG Adik Arwah Benjy, Tuduh Keluarga Tak Bantu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo