Berita

KWSP diminta lebih fleksibel – Tengku Zafrul [METROTV]


Kuala Lumpur: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata beliau telah menasihati Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar lebih fleksibel untuk membenarkan lebih ramai pencarum mengeluarkan simpanan mereka daripada Akaun 1.

“Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan KWSP hari ini dan mereka telah berjanji untuk mengumumkan mengenai cara hendak mengeluarkan dan siapa yang akan layak mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 1.

“Nasihat saya kepada pihak pengurusan KWSP adalah untuk memperluaskan (lebih daripada sasaran) dan fleksibiliti kepada lebih ramai pencarum dapat mengeluarkan (simpanan mereka),” katanya dalam satu wawancara khas bersama Buletin Utama TV3, disini, malam ini.

Tengku Zafrul berkata permintaan itu dibuat selepas mendengar keluhan rakyat mengenai pengumuman bahawa hanya pengeluaran bersasar diberikan kepada Akaun 1.

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

Sebelum ini KWSP telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama tempoh 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.

Skim itu telah memanfaatkan kira-kira 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion.

Semasa membentangkan Belanjawan 2021, Tengku Zafrul telah mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban kewangan ahli-ahli yang terjejas.

Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 itu, jumlah keseluruhan pengeluaran adalah sebanyak RM12,000.

  • Lagi berita berkaitan Belanjawan 2021


  • Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo