Berita

Laman web hartanah no.1 | Harian Metro

Laman web hartanah no.1 | Harian Metro 2

MEMILIKI rumah sendiri yang dilengkapi perabot pastinya impian bagi semua orang terutama pencari rumah pertama.

Bagaimanapun, impian itu hanya tinggal mimpi apabila rakyat Malaysia terus meletakkan ketidakmampuan bayaran pendahuluan rumah dan ketidakstabilan tangga gaji sebagai halangan utama mendapatkan pinjaman perumahan terutama ketika pandemik Covid-19 ini.

Dengan lebih 450,000 pilihan kediaman dan lebih lapan juta kunjungan laman web setiap bulan dan PropertyGuru secara rasminya memegang 47 peratus pegangan pasaran dan kini diangkat sebagai laman web hartanah nombor satu Malaysia berdasarkan sumber
pihak ketiga.

Bagi meraikan pencapaian bersejarah ini dan menghargai sokongan semua serta tanda prihatin dengan kesukaran rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, PropertyGuru menawarkan hadiah percuma sebuah rumah lengkap dengan perabot bernilai lebih RM600,000 menerusi inisiatif PropertyGuru Giveaway Rumah.

Menerusi PropertyGuru Giveaway Rumah, orang ramai boleh mencalonkan seorang warga Malaysia yang mencari rumah pertama.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, membeli rumah adalah keputusan besar yang memerlukan komitmen tinggi dan pertimbangan semua aspek.

Menurutnya, pihaknya sentiasa bersama dengan rakyat Malaysia dalam perjalanan mencari rumah.

“Jadi, sekarang adalah masanya untuk kami menyumbang kembali. Menerusi inisiatif PropertyGuru Giveaway Rumah ini, kami mahu berterima kasih kepada pencari hartanah Malaysia kerana mengangkat kami sebagai Laman Web Hartanah No. 1 Malaysia.

“Kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan serta kepercayaan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Sheldon berkata, PropertyGuru Giveaway Rumah itu adalah salah satu cara syarikatnya menyumbang semula kepada rakyat Malaysia dengan hadiah sebuah rumah lengkap berperabot bernilai lebih RM600,000.

“Matlamat kami tidak pernah berubah iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia dengan menawarkan pilihan hartanah yang tepat, pandangan dan penyelesaian yang mampu membantu menaikkan keyakinan mereka dalam membuat keputusan berkaitan hartanah.

“Kedudukan selaku peneraju pasaran ini mustahil dapat dicapai tanpa sokongan dan kepercayaan seluruh rakyat Malaysia, oleh itu kami sangat berterima kasih.

“Jadi, menerusi inisiatif ini, calonkan seorang pencari rumah warga Malaysia yang layak dan belum memiliki rumah sendiri seterusnya kongsikan dengan kami mengapa mereka layak menerima hadiah rumah percuma,” katanya.

Calon yang bertuah akan memiliki rumah pertama berstatus pegangan bebas dan lengkap dengan perabot di Tropicana Metropark, Subang Jaya.

Untuk membuat pencalonan, anda hanya perlu melengkapkan empat langkah mudah iaitu:

Langkah 1: Calonkan seorang pencari rumah pertama sepanjang tempoh kempen dengan memuat naik gambar mereka menggunakan PropertyGuru Home Giveaway Picture Frame.

Langkah 2: Muat naik gambar dengan bingkai tersebut ke akaun Facebook atau Instagram anda dan beritahu kami mengapa calon anda layak menjadi pemilik rumah baru percuma (tidak lebih 300 patah perkataan).

Langkah 3: Tag @propertyguru.my (Facebook) dan @propertygurumalaysia (Instagram) serta tanda pagar #PropertyGuruIsNumber1 #PropertyGuruHomeGiveaway dan pastikan hantaran media sosial anda ditetapkan pada status ‘Umum’. Langkah 4: Maklumkan mengenai penyertaan anda dengan menulis komen berikut di akaun Facebook atau Instagram kami.

“Saya telah mencalonkan [tag akaun Facebook atau Instagram calon anda*].

Ini pautan kepada pencalonan saya: [masukkan pautan hantaran pencalonan di Facebook atau Instagram anda]”.

*Bagi yang tidak mempunyai akaun Facebook atau Instagram, hanya perlu sertakan nama penuh calon terbabit.

Maklumat lanjut
boleh diperoleh di www.PropertyGuru.com.my

Laman web hartanah no.1 | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo