Infotainment

Lancar Laman Web Sumbangan, Zara Zya Buka Peluang Orang Ramai Hulur Derma

Lancar Laman Web Sumbangan, Zara Zya Buka Peluang Orang Ramai Hulur Derma 2

Pelakon Zara Zya meluahkan rasa syukur apabila laman web ciptaannya, ‘Malaysia Prihatin’ yang bernaung di bawah pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan telah berjaya dilaksanakan sekaligus membuka peluang untuk orang ramai menghulurkan sumbangan ikhlas.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin,36, memberitahu platform tersebut terbahagi kepada enam kategori sumbangan dan setiap kategori yang dipilih telah diperiksa terlebih dahulu sebelum dibuka untuk kutipan derma daripada orang ramai.

Antara kategori yang diwujudkan dalam web tersebut adalah kemanusiaan, bencana, pendidikan, perubatan, keagamaan dan selebriti.

Zara ditemui ketika majlis Selebriti Prihatin Bersama Rumah Bakti Al-Kausar yang diadakan di Wisma Jakel, Seksyen 7, Shah Alam, pada hari Selasa lalu.

Meskipun begitu, usaha dan niat murni yang diusahakan pelakon drama Love You Mr Arrogant itu juga menimbulkan pertikaian sesetengah pihak yang menganggap dirinya sekadar ingin menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukan.

“Ada orang pertikaikan saya buat Malaysia Prihatin ini sekadar nak menunjuk, dari dulu suka masuk Instagram, sekarang buat web pulak nak makan duit orang dan sebagainya. Benda tu sedikit sebanyak beri impak pada saya macam apa lagi manusia tak puas hati? Tapi apa yang mereka tak nampak, benda kebaikan ini perlu ditonjolkan dengan niat yang betul.”

Menafikan dakwaan tersebut, Zara dalam pada itu berharap platform yang diwujudkannya ini dapat menggalakkan orang ramai untuk menderma tambahan pula ganjaran berlipat kali ganda di bulan Ramadan yang mulia ini.





PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Lancar Laman Web Sumbangan, Zara Zya Buka Peluang Orang Ramai Hulur Derma 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo