Berita

Lancar SPIN bantu usahawan tak formal

Lancar SPIN bantu usahawan tak formal 2

Putrajaya: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) melancarkan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) bagi membantu usahawan sektor tidak formal yang terjejas dengan pandemik Covid-19.

Sektor tidak formal membabitkan pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, RM50 juta sudah diperuntukkan dalam SPIN yang dijangka dapat memberi manfaat kepada 10,000 usahawan tidak formal.

Katanya, melalui SPIN, ia secara tidak langsung dapat menggalakkan sektor tidak formal ini untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM.

“Golongan tidak formal ini adalah golongan yang terjejas dengan Covid-19 dan kebanyakan mereka bergantung dengan gaji harian serta tidak mempunyai simpanan wang yang mencukupi untuk bertahan atau beralih dengan perniagaan baharu.

“Maka dengan adanya SPIN ini ia akan membantu sektor berkenaan yang kurang mendapat perhatian dan memberikan bantuan sewajarnya untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan SPIN, di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata, beliau berharap, dengan pelaksanaan SPIN, tiada lagi usahawan yang tercicir terutamanya di kawasan pendalaman.

Menurut Wan Junaidi, sehingga November lalu seramai 842 usahawan sudah menerima manfaat SPIN dengan jumlah RM6.1juta.

“Nilai pembiayaan SPIN adalah dari RM1,000 sehingga RM5,000 dan tempoh bayaran balik pembiayaan adalah sehingga tiga tahun dan kadar keuntungan yang dikenakan ialah empat peratus setahun.

“SPIN tidak memerlukan syarat yang berlebihan, cukup sahaja dengan bukti mereka memang mempunyai perniagaan. Kita mahu bantu mereka jadi tidak perlu meletakkan syarat yang bukan-bukan,” katanya.

Lancar SPIN bantu usahawan tak formal 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo