Berita

Lari tinggalkan RM16.1 juta syabu [METROTV]

Lari tinggalkan RM16.1 juta syabu [METROTV] 1

Lari tinggalkan RM16.1 juta syabu [METROTV] 2

Pasir Mas: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas 402 kilogram (kg) syabu bernilai RM16.1 juta di tebing Sungai Golok di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang pagi semalam.

Semua syabu yang dimuatkan dalam 10 guni itu ditinggalkan di tebing sungai oleh dua individu sebaik menyedari kehadiran sepasukan anggota daripada Batalion Ke-4 Rejimen Sempadan.

Panglima 8 Briged, Brigadier Jeneral Zamsari Abu Hassan berkata, ketika rondaan dibuat anggotanya sempena Op Benteng jam 10 pagi semalam, kelihatan dua lelaki dari Thailand sedang menyeberang sungai menggunakan bot galah menuju ke tebing.

“Mereka kemudian dilihat sedang mengangkut objek dari dalam bot ke tebing sungai dan sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, dua lelaki itu segera melarikan diri dengan bot kembali ke negara jiran.

“Pemeriksaan di tebing sungai menemui 10 guni hitam yang berlabel teh jenama ‘Guanyinwang’ yang mengandungi 402kg syabu diseludup masuk dari Thailand,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, malam tadi.

Zamsari berkata, berdasarkan maklumat awal yang diterima, semua syabu itu untuk pasaran tempatan termasuk beberapa negeri luar Kelantan.

Katanya, semua barang rampasan itu diserahkan kepada IPD Pasir Mas yang diwakili Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif untuk tindakan lanjut.

Menurut Zamsari lagi, bahan larangan itu mendapat permintaan tinggi daripada pengguna dan atas faktor itu, penyeludup dan pengedar berani mengambil risiko cuba membawa masuk walaupun sedar pihak berkuasa sentiasa komited menjalankan kawalan serta rondaan terutama di sempadan negara.

“Lazimnya modus operandi yang dijalankan adalah membawa barangan menggunakan bot dan diletakkan di tebing sungai sebelum ada pihak lain yang akan mengambilnya,” katanya.

Syabu yang dirampas di tebing Sungai Golok. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Syabu yang dirampas di tebing Sungai Golok. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Lari tinggalkan RM16.1 juta syabu [METROTV] 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo