Infotainment

Lebih 100,00 Kes Pemalsuan Data Kualiti, Pembekal Komponen Toyota Dan Nissan Akui Kesilapan

Lebih 100,00 Kes Pemalsuan Data Kualiti, Pembekal Komponen Toyota Dan Nissan Akui Kesilapan 2

Akebono Brake Industry, pembekal utama komponen-komponen untuk industri automotif di Jepun yang mempunyai pelanggan seperti Toyota Motor dan Nissan Motor mengakui telah menemui 114,000 salah laku termasuklah pemalsuan data penilaian kualiti komponen.

Menurut laporan Nikkei Asia, daripada pemeriksaan kualiti yang dipalsukan itu, sekurang-kurangnya 5,000 komponen tersebut telah gagal memenuhi standard pelanggan mereka.

Akebono memeriksa sekitar 190,000 data pemeriksaan berkala yang dilakukan berdasarkan perjanjian dengan pelanggan dan mendapati sekitar 60% dari jumlah data tersebut telah termasuk dalam salah laku pemalsuan.

Salah laku tersebut didapati telah dilakukan semenjak tahun 2001 lagi. Antara pemalsuan data kualiti yang ditemui semasa audit terhadap empat jenis komponen brek di kilang Jepun iaitu cakera brek automotif di Iwatsuki Manufacturing, pad brek automotif di Yamagata Manufacturing dan Fukashima Manufacturing, brek drum automotif di P Iwatsuki Manufacturing dan Sanyo Manufacturing dan pelapik automotif di Fukashima Manufacturing dan Yamagata Manufacturing.

vocket-pembekal-komponen-jepun-palsu-1

Sumber Gambar: newtoday.cc

Bagi menyelesaikan masalah ini, Akebono telah mengumumkan rancangan multi-fasa untuk membetulkan masalah ini dan mengelakkan sebarang kejadian seperti ini berlaku di masa hadapan.

Tindakan ini merangkumi penglibatan Bahagian Kawalan Kualiti setiap kilang, Bahagian Jaminan Kualiti syarikat dan Pejabat Audit Dalaman syarikat. Pelan rancangan ini juga menekankan latihan dan meningkatkan pengumpulan data secara digital.

“Tidak ada masalah dari segi keselamatan dan pembuat kenderaan telah mengesahkan ini kepada kami,” kata Presiden Akebono Brake Industry, Yasuhiro Miyaji yang mengakui kesilapan tersebut namun tiada sebarang kempen panggil semula akan dibuat.

Baca lagi artikel-artikel yang telah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan dibawah.

Teknologi Tesla Didakwa Mampu ‘Mengesan’ Hantu Semasa Memandu?

Honda HR-V 2021 Lebih Moden Dan Agresif, Hadir Dengan Dua Pilihan Gaya

Tempahan Model Perodua D55L Kini Dibuka, Harga Ditawarkan Bermula Daripada RM62,500



Lebih 100,00 Kes Pemalsuan Data Kualiti, Pembekal Komponen Toyota Dan Nissan Akui Kesilapan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo