Berita

Lebih 160,000 kerja baharu bakal wujud tahun ini

Lebih 160,000 kerja baharu bakal wujud tahun ini 2

Kuala Lumpur: Dianggarkan lebih 160,000 peluang pekerjaan baharu bakal diwujudkan tahun ini melalui komitmen pelaburan, hasil koodinasi rapat antara kerajaan dan industri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, kerajaan sentiasa mengalu-alukan tawaran Federation of Malaysian Manufacturers dan SME Association of Malaysia untuk bekerjasama bagi mengatasi kadar pengangguran melalui inisiatif di bawah Belanjawan 2021, terutamanya peningkatan kemahiran dan pendigitalan.

Perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat kedua Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang diadakan secara maya di sini hari ini, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara yang menghadiri mesyuarat itu adalah Pengerusi Petronas merangkap ProCanselor Universiti Teknologi Petronas Tan Sri Ahmad Nizam Salleh, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Datuk Jeffri Salim Davidson dan Presiden Malaysian Employers Federation Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman.

Dalam mesyuarat itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memberi laporan situasi semasa ekosistem pekerjaan negara, manakala Agensi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) membentangkan status kemajuan pelaksanaan program yang telah bermula di bawah inisiatif NEC.

Selain itu Pasukan Petugas Khas (STF) pula mengemukakan strategi bagi menangani isu pengangguran dan ketidaksepadanan pekerjaan bagi mencapai tiga objektif utama iaitu pemadanan modal insan berdasarkan permintaan industri, meningkatkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan memperkasakan kerjasama di antara pihak akademik dan industri.

“Walaupun negara masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan optimis sasaran yang ditetapkan dapat dicapai memandangkan strategi yang dirangka turut mengambil kira kepatuhan terhadap pelaksanaan PKP dan norma baharu.

“Antara inisiatif dengan norma baharu adalah penganjuran 200 sesi webinar serta 180 sesi temuduga secara dalam talian dengan pelbagai promosi dijalankan bagi memastikan rakyat mendapat maklumat, seterusnya memanfaatkan peluang yang ditawarkan,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya bagi tujuan itu STF juga akan bekerjasama dengan pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan setiap pelaksanaan bersifat inklusif.

Menurut kenyataan itu, rakyat yang terkesan atau sedang mencari pekerjaan boleh mendaftar di portal MyFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/ yang merupakan pusat hentian setempat yang menawarkan lebih 200,000 peluang pekerjaan untuk pencari kerja.

Jelas kenyataan itu lagi, portal ini bertindak sebagai pusat sehenti bagi maklumat dan capaian inisiatif berkaitan pekerjaan termasuk program peningkatan kemahiran dan latihan semula, khidmat nasihat dan juga program semasa berkaitan pekerjaan.

Lebih 160,000 kerja baharu bakal wujud tahun ini 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo