Infotainment

Lebih Jimat Belanja Sewa, Toyota Vellfire Sah Jadi Kenderaan Rasmi Menteri Kabinet

Lebih Jimat Belanja Sewa, Toyota Vellfire Sah Jadi Kenderaan Rasmi Menteri Kabinet 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk menggunakan Toyota Vellfire 2.5L sebagai Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) Menteri Kabinet bagi menggantikan model Proton Perdana 2.4 Premium yang digunakan sebelum ini.

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memuat naik kenyataan rasmi melalui media sosial menyatakan kos sewaan bulanan bagi Proton Perdana 2.4 Premium adalah RM4,854.41 manakala Toyota Vellfire 2.5L pula cuma berjumlah RM4,851.61, di mana kos sewaan KRT Menteri Kabinet telah jimat sebanyak RM2.80 untuk setiap seunit.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan kenderaan rasmi untuk Menteri Kabinet Malaysia telah ditukar daripada Proton Perdana 2.4 Premium kepada Toyota Vellfire 2.5L sejak April 2021 lalu.

“Cadangan penggantian kereta Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Toyota Vellfire sebenarnya telah dipertimbangkan semasa pentadbiran kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan pada tahun ini.

“Untuk makluman, usia KRJ bagi jemaah menteri sebelum penggantian pada tahun ini ada yang mencecah enam tahun.

“Sedangkan tempoh penggantian KRJ sebenarnya dijadualkan setiap empat tahun sekali,” terang kenyataan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Memetik laporan Utusan, kerajaan telah membayar kos pajakan bulanan Toyota Vellfire 2.5L sebanyak RM5,759.35. Kos pajakan bulanan ini terdiri dari kos sewaan bulanan sebanyak RM4,851.61 dan kos selenggaraan bulanan RM907.74.

Tambah Tengku Zafrul, sehingga September 2021, kerajaan telah membayar kos pajakan sebanyak RM1.42 juta kepada syarikat konsesi.

Pihak JPJ menyarankan orang ramai untuk menyalurkan maklumat mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Pemilik Nombor Plat ‘Fancy’ Boleh Didenda Tidak Lebih RM3,000 Jika Bersalah

Tol RFID Dilengkapi Kamera Pengecaman Nombor Plat Dan Sistem ‘AI’ Mula Beroperasi


Lebih Jimat Belanja Sewa, Toyota Vellfire Sah Jadi Kenderaan Rasmi Menteri Kabinet 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo