Artikel Terkini

Lelaki disangka mati disimpan dalam bilik mayat sebelum meninggal dunia

Lelaki disangka mati disimpan dalam bilik mayat sebelum meninggal dunia
Lelaki disangka mati disimpan dalam bilik mayat sebelum meninggal dunia 1

URUACU, BRAZIL – Seorang lelaki Brazil yang telah disahkan mati oleh hospital didapati masih hidup dan bernafas ketika dibawa ke sebuah pusat pengebumian sebelum meninggal dunia dua hari kemudian akibat hipotermia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Jose Ribeiro, dimasukkan ke hospital Februari lalu kerana menghidap kanser lidah. Dia diisytihar meninggal dunia oleh seorang doktor di sebuah hospital di Uruacu, dalam negeri Goias pada 29 November lalu.

Lelaki berusia 62 tahun itu kemudian diletakkan di dalam beg mayat dan disimpan di dalam peti sejuk di bilik mayat hospital selama lima jam sebelum dibawa ke rumah pengebumian.

Ketika berada di situ, seorang pekerja menyedari matanya dalam keadaan terbuka dan dia mengalami kesukaran untuk bernafas.

Keadaan Jose semakin merosot dan dia meninggal dunia dua hari kemudian, kata saudara perempuannya, Aparecida Ribeiro.

“Sukar untuk mempercayai apa yang telah berlaku. Jose berada di dalam beg plastik mayat selama lima jam dan kesejukan. Ia amat teruk, sukar untuk menerima situasi ini,” kata Aparecida.

Dr. Lucas Campos yang mengesahkan kematian lelaki itu di hospital turut digantung tugas dan disiasat atas dakwaan cubaan membunuh.

“Punca kematian iaitu hipotermia telah meningkatkan tanggungjawab ke atas doktor tersebut jadi, kami akan menukar klasifikasi siasatan daripada cubaan membunuh kepada pembunuhan hari ini (Jumaat lalu). 

“Ia adalah pembunuhan menyeluruh berikutan kemungkinan terdapat unsur niat jahat,” kata Timbalan Polis Awam Rialma, Peterson Amin. – Agensi 


Lelaki disangka mati disimpan dalam bilik mayat sebelum meninggal dunia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo