Artikel Terkini

Lelaki Ini DIY “Shiplap” Pada Dinding Kediaman Dengan Kos RM100 Sahaja!

Lelaki Ini DIY "Shiplap" Pada Dinding Kediaman Dengan Kos RM100 Sahaja! 1

Dinding jika dibiar kosong, mungkin akan nampak hambar dan bosan. Lebih-lebih lagi pada dinding dalam ruang yang menjadi tumpuan tetamu, jika setiap dinding dibiar polos tanpa sebarang hiasan, tentunya ruang akan kelihatan kurang menarik. Oleh sebab itulah, pemilik digalakkan untuk memilih satu dinding untuk dijadikan feature wall sebagai titik tumpu dalam sesebuah ruang. Ini akan sekaligus mengubah “mood” ruang dengan menjadi lebih berkarakter.

Selain menggunakan rona cat yang menonjol, kita juga boleh gunakan kertas dinding mahupun wainscoting sebagai daya penarik untuk dinding yang kosong. Terdapat satu lagi pilihan bagi mendapatkan dinding yang menarik, iaitu Shiplap.

APA ITU SHIPLAP?

Mendapat nama dari teknik membina kapal atau bot, Shiplap biasanya dipasang pada bahagian luar bangunan atau kediaman sebagai lapisan perlindingan.

Tetapi berbeza kegunaannya pada bahagian dalam rumah, Shiplap merupakan salah satu alternatif hiasan dinding untuk ruang yang mahukan kelainan dengan citarasa rustik dan vintaj.

Lapisan papan yang disusun bertingkat dengan sedikit jarak diantara setiap satunya akan menjadi sebuah elemen dekorasi yang cukup menarik. Papan boleh disusun dalam keadaan melintang ataupun menegak agar ia dapat memberikan ilusi sebuah ruang yang lebih lapang, luas dan tinggi.

Memalui perkongsian saudara Mohd Asmawi Bin Che Ghani di facebook, beliau telah berjaya membina sendiri dinding Shiplap dikediaman dengan kos lebih kurang RM100 sahaja. Memang jimat, dan berbaloi kalau nak dibandingkan dengan efek dari rekabentuk menarik ini.

Rumah cantik, dinding jadi lebih menarik, dan duit pun jimat. Jom kita cuba!

Sharing :
Belajar2 buat shiplap wall..

Alhamdulillah siap. Tinggal nak letak frame je..
Modal lebih kurang RM100 dah boleh buat isteri tersenyum.

Barang Yang Diperlukan :

  1. MDF board 2 keping saiz 6mm 4×8 kaki boleh beli di Hardware
  2. Cat (scooter by jotun)
  3. Gam/ bond
  4. Lain2 brg guna yg sedia ade n bleh tgok pic di bwah

Lelaki Ini DIY "Shiplap" Pada Dinding Kediaman Dengan Kos RM100 Sahaja! 2

Langkah-langkahnya :

  1. Potong papan mengikut ukuran. Jika tiada alat memotong di rumah, boleh minta pihak hardware potongkan siap-siap.Lelaki Ini DIY "Shiplap" Pada Dinding Kediaman Dengan Kos RM100 Sahaja! 3
  2. Tandakan dinding sebagai panduan sebelum menampal agar kerja lebih mudah
    Lelaki Ini DIY "Shiplap" Pada Dinding Kediaman Dengan Kos RM100 Sahaja! 43. Tampal papan satupersatu menggunakan gam (kayu)Lelaki Ini DIY "Shiplap" Pada Dinding Kediaman Dengan Kos RM100 Sahaja! 54. Bagi memastikan jarak antara setiap papan adalah sama, gunakan 2 keping 50 sen sebagai guide
    Lelaki Ini DIY "Shiplap" Pada Dinding Kediaman Dengan Kos RM100 Sahaja! 65. Sapukan lapisan perlindingan sebelum mengecat dengan warna pilihan andaLelaki Ini DIY "Shiplap" Pada Dinding Kediaman Dengan Kos RM100 Sahaja! 76.Biarkan lapisan kering sepenuhnya terlebih dahuluLelaki Ini DIY "Shiplap" Pada Dinding Kediaman Dengan Kos RM100 Sahaja! 87. Kemudian baru cat permukaan papan dengan warna yang telah anda pilihLelaki Ini DIY "Shiplap" Pada Dinding Kediaman Dengan Kos RM100 Sahaja! 98. Kemaskan dan biarkan kering Lelaki Ini DIY "Shiplap" Pada Dinding Kediaman Dengan Kos RM100 Sahaja! 109. DAH SIAP!Lelaki Ini DIY "Shiplap" Pada Dinding Kediaman Dengan Kos RM100 Sahaja! 11

SELAMAT MENCUBA SEMUA!

SUMBER

Lelaki Ini DIY "Shiplap" Pada Dinding Kediaman Dengan Kos RM100 Sahaja! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link