Infotainment

Lelaki Ini Mengaku Pernah Ke Masa Hadapan, Dakwa Dunia ‘Hancur’ Pada Tahun 5000

Lelaki Ini Mengaku Pernah Ke Masa Hadapan, Dakwa Dunia ‘Hancur’ Pada Tahun 5000
Lelaki Ini Mengaku Pernah Ke Masa Hadapan, Dakwa Dunia 'Hancur' Pada Tahun 5000 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Penjelahan masa adalah satu teori yang sering diperdebatkan. Kemampuan untuk kembali kepada masa silam atau masa depan adalah salah satu ‘kuasa’ yang sering didambakan oleh manusia. Seolah-olah, dengan itu mereka mampu untuk mengubah sejarah. Selain itu, filem atau kartun yang menunjukkan sisi lain penjelahan masa telah mencipta satu idea bahawa perkara ini mampu dilakukan oleh manusia. Tetapi dengan cara bagaimana atau dengan teknologi apa ia masih sukar untuk dijawab.

Namun, melalui sebuah perkongsian seorang lelaki yang bernama Edward. Dia telah mengaku bahawa dia telah berjaya mengembara ke masa hadapan iaitu pada tahun 5000. Di dalam temuramah bersama ApexTV, Edward mendakwa dia adalah sebahagian daripada ujian rahsia untuk menjelajah ke masa hadapan pada tahun 2004. Di masa hadapan dia telah melihat bagaimana dunia hancur disebabkan kesan perubahan iklim. Katanya, sewaktu dia berada di Los Angeles versi masa hadapan. Dia melihat bandar dengan empat juta penduduk itu tenggelam dan ia dibuktikan dengan gambar yang diambil oleh Edward.

Dia yang mengaku bekerja di sebuah makmal di sekitar Los Angeles telah ditugaskan untuk pergi ke masa hadapan dan mengambil gambar keadaan di sana. Misi rahsia ini telah menemukan dia dengan kota Los Angeles yang tenggelaman dan dipenuhi dengan air. Di dalam video yang dikeluarkan ApexTV,  kelihatan wajah Edward telah disamarkan dan suaranya pula telah diberi kesan khas bagi tujuan untuk melindungi identitinya.

“Saya akan menceritakan kisah yang akan memukau anda dan anda akan terkejut. Saya muncul di suatu ‘tempat’. Itu luar biasa. Saya berdiri di atas platform kayu yang besar. Bukan hanya saya, rumah, bangunan, tentu saja, semuanya terbuat dari kayu. Dan selepas itu, saya menyedari bahawa ia adalah kota yang sama, Los Angeles, tetapi di bawah air,” katanya kepada ApexTV, saluran yang sering membincangkan mengenai aktiviti paranormal dan teori konspirasi.

Tidak pasti apakah niat sebenar Edward mengaku bahawa dia telah pergi ke masa hadapan. Namun bagi pihak NASA, apa yang dikatakan oleh mereka yang mengaku telah mengembara ke masa hadapan adalah karut. Kata NASA, dunia tidak mempunyai teknologi yang mampu untuk membawa seseorang ke masa silam mahupun masa hadapan.

Tetapi melihat kepada isu yang diketengahkan oleh Edward, dia seolah-olah cuba membawa isu kesan perubahan iklim dengan caranya tersendiri – iaitu mengaku pernah ke masa hadapan. Para penyelidik sebenarnya telah membincangkan isu ini sejak bertahun-tahun lamanya. Kesan perubahan iklim ini akan membawa bencana yang besar kepada manusia termasuk banjir besar, gelombang panas dan api liar serta taufan yang kuat di beberapa negara.

Untuk rekod, para penyelidik sebelum ini mengatakan ada bukti yang kuat bahawa kita semakin atau sudah melewati titik tertinggi perubahan iklim. Ini termasuk kejadian cairnya lapisan ais di Greenland dan Antartika Barat yang mungkin tidak dapat dipulihkan selama berabad-abad yang akan datang.

Ramalan kartun The Simpsons tahun lalu akhirnya jadi kenyataan pada hari ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Bill Gates Ramal Akan Berlaku 2 Bencana Besar Di Masa Hadapan, Bakal Bunuh Lebih Ramai Orang

 


Lelaki Ini Mengaku Pernah Ke Masa Hadapan, Dakwa Dunia 'Hancur' Pada Tahun 5000 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo