Berita

Lelaki nikah diri sendiri | Harian Metro

Lelaki nikah diri sendiri | Harian Metro 1

Lelaki nikah diri sendiri | Harian Metro 2

Rio de Janeiro: Kecewa selepas putus tunang menyebabkan seorang lelaki di Bahia, Brazil nekad berkahwin dengan diri sendiri.

Keputusan pelik itu dibuat Dr Diogo Rabelo bulan lalu mengejutkan banyak pihak apabila dia membuat pengumuman itu.

Indiatimes.com melaporkan, Rabelo nekad untuk menjaga dirinya sendiri selepas mendirikan ‘rumah tangga’.

Dalam majlis perkahwinannya Rabelo kelihatan keluar dari satu lorong berhampiran kawasan pantai.

Berkahwin di tepi pantai adalah perkahwinan impiannya sebelum ini dan direalisasikan dengan kehadiran keluarga dan rakan.

Sepatutnya, dia melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Vitor Bueno selepas bertunang pada November tahun lalu.

TETAMU majlis perkahwinan Rabelo. FOTO Instagram
TETAMU majlis perkahwinan Rabelo. FOTO Instagram

Namun, mereka membuat keputusan untuk berpisah tahun ini dan Rabelo akhirnya melangsungkan perkahwinan pada 16 Oktober lalu.

Keputusannya itu masih tetap mendapat sokongan keluarga dan rakan dengan kehadiran lebih 80 peratus jemputan.

Tindakannya ini kerana mahu membuktikan sekiranya tidak dicintai, maka seseorang itu perlu mencintai diri sendiri.

Lelaki itu juga menunjukkan disayangi seseorang bukan ukuran kebahagiaan dalam hidup.

Dalam pada itu, kisah Rabelo yang melangsungkan upacara perkahwinan dengan dirinya sendiri turut dipaparkan di media negara itu.

Gambar mengenai majlis itu menjadi bualan warganet apabila laporan berita mengenainya turut dipetik media di pelbagai negara.

RABELO mencampak jambangan bunga pengantin. FOTO Instagram
RABELO mencampak jambangan bunga pengantin. FOTO Instagram

Lelaki nikah diri sendiri | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo