Infotainment

Lembik Dan Rapuh, Lelaki Ini Persoalkan Kualiti Kunafa Chef Ammar Undang Perbincangan Netizen

Lembik Dan Rapuh, Lelaki Ini Persoalkan Kualiti Kunafa Chef Ammar Undang Perbincangan Netizen
Lembik Dan Rapuh, Lelaki Ini Persoalkan Kualiti Kunafa Chef Ammar Undang Perbincangan Netizen 1

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sebut mengenai Chef Ammar pasti orang ramai cukup mengenalinya. Terkenal dengan tagline ‘masak dari hati’ serta masakan Nasi Arab berjaya membuatkan orang ramai sanggup beratur panjang sehingga lebih 3 jam dalam mendapatkan masakannya.

Di sebalik keenakan masakan yang disajikan, beliau Chef Ammar juga nampaknya tidak terlepas daripada terpalit dengan kritikan pembeli. Terbaharu, beliau sekali masakan Restoran Chef Ammar sekali lagi menjadi perhatian apabila hidangan kunafa bersama keju dan sirap tular di TikTok.

Menerusi perkongsian TikTok @faruqyusof, lelaki ini memaklumkan beliau telah membeli dua kunafa dengan jumlah harga RM56. Walau bagaimanapun, servis Restoran Chef Ammar serta hidangan kunafa yang lembik dan rapuh membuatkan beliau tidak berpuas hati dengan pembeliannya.

@faruqyusof

@chefammarali allert la…harga kayangan28.00!! tp servise,hmmmmm….dngn sejuk hancur!!

♬ bunyi asal – FaRuqYusof – FaRuqYusof

Perkongsian lelaki ini turut meraih perhatian netizen yang mempersoalkan hidangan restoran yang mendakwa menggunakan bahan premium tersebut.

Terdapat netizen yang menyamakan kunafa yang dibeli seakan sama dengan kek Apollo manakala terdapat juga netizen yang memaklumkan pembelian beliau di restoran yang sama berjaya diterima dalam keadaan yang baik. Sementara itu, Chef Ammar turut memaklumkan agar lelaki ini menghubungi beliau untuk bertemu dengannya secara berdepan.

Lembik Dan Rapuh, Lelaki Ini Persoalkan Kualiti Kunafa Chef Ammar Undang Perbincangan Netizen 3

Sumber: TikTok @faruqyusof

Lembik Dan Rapuh, Lelaki Ini Persoalkan Kualiti Kunafa Chef Ammar Undang Perbincangan Netizen 4

Sumber: TikTok @faruqyusof

Lembik Dan Rapuh, Lelaki Ini Persoalkan Kualiti Kunafa Chef Ammar Undang Perbincangan Netizen 5

Sumber: TikTok @faruqyusof

Setakat artikel ditulis, Chef Ammar masih belum memberi sebarang respon mengenai kunafa yang dijual di restorannya. Diharapkan isu ini dapat diselesaikan sebaiknya dalam memberi keadilan buat para pembeli.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Chef Ammar menjadi sebutan netizen dan tular. Sebelum ini, beliau didakwa meraih sehingga RM90,000 sehari menerusi jualan Nasi Arab Chef Ammar pada bulan Ramadan.

Cecah RM90,000 Sehari, Ini Jangkaan Jualan Nasi Arab Chef Ammar Untuk Sebulan

Kecewa Dituduh Jual Harga Tel Aviv, Chef Ammar Jelaskan Mengapa Juadahnya Dijual Mahal

Pertikai Kena Bayar Untuk ‘Take Away’, Chef Ammar Jelaskan Sebab Caj Tambahan Dikenakan


Lembik Dan Rapuh, Lelaki Ini Persoalkan Kualiti Kunafa Chef Ammar Undang Perbincangan Netizen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list