Berita

Lia enggan berharap | Harian Metro

Lia enggan berharap | Harian Metro 2

Episod kegagalan dalam percintaan dengan jejaka yang dikenali hampir setahun lalu tidak membuatkan pelakon Lia Natalia terus dirundung kesedihan.

Biarpun persiapan perkahwinan sudah hampir 70 peratus siap termasuk sesi penggambaran praperkahwinan yang dijalankan September tahun lalu, Lia kini sudah dapat menerima hakikat bahawa perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung Disember tahun lalu dibatalkan.

Enggan terus melayan perasaan sedih, Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden, 29, berkata, dia sudah reda dengan segala ketentuan yang berlaku dan belum terfikir mencari pengganti.

“Sejujurnya saya sudah ‘move on’ sepenuhnya. Saya tak nak buang masa untuk melayan perasaan sedih ini. Mungkin sudah tertulis dia bukan jodoh terbaik saya.

“Namun untuk mencari pengganti saya belum terfikir lagi. Masih takut untuk mengenali insan baharu dalam hidup. Saya bimbang perkara sama berulang lagi.

“Jadi lebih baik saya fokus dengan karier seni terlebih dahulu. Cinta akan datang bila tepat pada waktunya,” katanya.

Meskipun pada usia 29 tahun Lia mengharapkan dirinya sudah mempunyai suami di sisi, namun dia mengakui impian itu tidak berlangsung seperti yang dirancang.

“Sepatutnya pada usia sekarang ini saya dah berkahwin. Memang sudah rancang pun nak kahwin tapi semuanya tak jadi.

“Soal jodoh ini semuanya ketentuan Tuhan. Saya enggan terlalu berharap atau tergesa-gesa. Lebih baik saya berikan sepenuh kasih sayang terhadap keluarga dulu.

“Saya juga sedar selepas insiden yang berlaku, kehidupan solo ini jauh lebih menyenangkan. Saya bebas untuk berbuat apa saja tanpa terikat dengan sesiapa. Saya juga tak perlu nak menjaga hati sesiapa atau buang masa serta duit kepada individu yang belum tentu bakal menjadi suami saya,” katanya.

Digoda

Tambah Lia, dia mengakui sejak berita pembatalan majlis perkahwinannya disiarkan, dia menerima banyak mesej peribadi daripada individu yang ingin berkenalan dengan dirinya secara serius.

Bagaimanapun, pintu hatinya masih belum terbuka kerana masih trauma untuk berhadapan dengan cinta yang terkandas di tengah jalan.

“Sebenarnya ramai yang ajak berkenalan. Ada juga peminat yang bergurau tapi yang serius juga ramai.

“Tapi saya tolak lamaran itu baik-baik. Saya belum bersedia untuk bercinta lagi. Nak kata trauma itu masih ada tapi saya sudah semakin kuat dan reda,” katanya.

Lia berkata, dia bakal melancarkan video praperkahwinan yang dibuat tahun lalu pada 14 Februari ini bersempena dengan Hari Kekasih.

Lia berkata, video yang sudah disunting itu diubah kepada jalan cerita yang akan memberi motivasi kepada kaum hawa khususnya.

“Saya sudah mengeluarkan sejumlah duit untuk menghasilkan video ini. Daripada membazir, saya minta disunting menjadi sebuah video motivasi untuk kita meneruskan kehidupan.

“Memang sayang kalau saya bazirkan masa yang diperuntukkan sewaktu penggambaran September lalu. Jadi saya akan kongsikan video ini pada 14 Februari ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lia berkata, dia bakal menjalani penggambaran drama bersiri 40 episod berjudul Cukup Derita Itu.

Bagaimanapun penggambaran drama itu terpaksa dihentikan susulan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebaik kerajaan membenarkan operasi penggambaran dijalankan, saya bakal masuk set drama Cukup Derita Itu yang dijangka ditayangkan pada Ramadan ini,” katanya.

Lia enggan berharap | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo