Artikel Terkini

Lim Hui Ying komited beri kerjasama penuh pada KPM

Lim Hui Ying komited beri kerjasama penuh pada KPM
Lim Hui Ying komited beri kerjasama penuh pada KPM 1

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying yang baharu dilantik menyatakan komitmen akan memberi sokongan dan kerjasama penuh terhadap Kementerian Pendidikan (KPM) dalam menaik taraf sistem pendidikan di negara ini.

Menurut Ahli Parlimen Tanjong itu, beliau juga akan berganding bahu dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta warga kementerian untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik.

“Ini hari pertama saya ‘clock-in’ dan saya pun tidak akan ulas banyak tapi saya akan beri kerjasama kepada Menteri dalam menaik taraf pendidikan di negara kita.

“Saya juga rasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana yakin dengan saya untuk menjawat jawatan ini,” katanya kepada pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu seterusnya secara rasmi memulakan tugas di KPM hari ini.

Terdahulu beliau yang diiringi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd. Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali turut meluangkan masa bergambar bersama pengurusan kanan.

Bagaimanapun, Hui Ying enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa pemilihannya sebagai timbalan menteri atas dasar beliau merupakan anak kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.

Hui Ying juga memilih untuk tidak memberikan sebarang komen semasa diajukan soalan berkaitan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Tiada komen untuk isu ini, ini adalah hari pertama saya. Biar saya (dapatkan taklimat) lebih faham berkaitan hal berkenaan,” ujarnya.

Hui Ying, 59, yang juga adik kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng merupakan antara muka baharu dalam barisan timbalan menteri yang diumumkan oleh Anwar pada 9 Disember lalu.

Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara yang dilantik pada 2018 mewakili Pulau Pinang.-KOSMO! ONLINE


Lim Hui Ying komited beri kerjasama penuh pada KPM 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo