Artikel Terkini

Lima premis aktif judi dalam talian dipotong bekalan elektrik

Lima premis aktif judi dalam talian dipotong bekalan elektrik
Lima premis aktif judi dalam talian dipotong bekalan elektrik 1

LUMUT – Lima premis di daerah Manjung yang berdegil melakukan kegiatan perjudian dalam talian walaupun pernah diserbu lebih dua kali oleh pihak polis menerima padah apabila bekalan elektrik premis terbabit dipotong hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata lima premis itu terdiri daripada empat kedai menjual aksesori telefon dan sebuah kedai runcit di sekitar Lumut dan Sitiawan.

“Operasi pemotongan bekalan elektrik itu dilakukan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) mulai pukul 11 pagi ini.

“Tindakan ini diambil di bawah Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bagi memutuskan bekalan elektrik di premis terlibat supaya ia tidak kembali beroperasi selepas ini,” katanya kepada pemberita ketika operasi tersebut di Sitiawan di sini hari ini.

Menurut beliau, sejak 1 Januari lalu sehingga hari ini, sebanyak 18 premis di sekitar daerah itu dilakukan pemotongan bekalan elektrik.

Pada masa sama, jelasnya, sebanyak 330 kertas siasatan telah dibuka dalam tempoh tersebut dengan 234 kes daripadanya sudah didakwa di mahkamah manakala 43 kes masih dalam siasatan.

Beliau memaklumkan ia menunjukkan peningkatan berbanding sepanjang tahun lalu apabila 315 kertas siasatan dibuka dan 260 kes daripadanya telah didakwa di mahkamah manakala 14 premis diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik.

Nor Omar tidak menafikan masih ada premis terus berdegil dan tidak serik meneruskan kegiatan perjudian itu walaupun telah menerima hukuman di mahkamah.

Jelas beliau, ia mungkin kerana pihak terlibat mampu memperoleh keuntungan antara RM500 hingga RM1,000 sehari hasil daripada kegiatan tersebut sehingga memaksa polis mengambil tindakan memotong bekalan elektrik di premis terlibat. – KOSMO! ONLINE


Lima premis aktif judi dalam talian dipotong bekalan elektrik 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo