Artikel Terkini

Loan rumah lebih senang lulus bila anda dah khatam semua tips ni

Loan rumah lebih senang lulus bila anda dah khatam semua tips ni
Loan rumah lebih senang lulus bila anda dah khatam semua tips ni 1

Ingatkan bila kita tak pernah berhutang, semua benda mudahlah, kan?

Rupa-rupanya, orang yang pernah buat hutang ni lagi senang untuk bank luluskan loan rumah dia. Haa… misteri, kan?

“Cemana pulak, Tok? Patut yang takde hutang ni la lagi mudah nak bayar installment sebab takde komitmen.”

Tok nak explain panjang lebar kat sini karang, takut jadi spoiler pulak. Jadi marilah sini, Tok jemput korang hadam perkongsian dari Tuan Amir Syahir pasal benda ni.

InsyaAllah, lepas baca benda ni, korang dah tahu nak buat apa kalau nak buat loan rumah nanti.

Kenapa yang tak berhutang pula yang susah nak lulus loan?

Korang mesti pelik kan. Tak ada hutang la bagus.

Tak logik betul pembiayaan perumahan pertama ditolak sebab tak pernah berhutang.

Mengarut.

Apa rasionalnya bank nak kita berhutang terlebih dulu, ataupun cipta laporan CCRIS dulu?

Bank nak tengok kemampuan kita bayar balik hutang tersebut. Kemampuan kita menjadi pembayar hutang. Bank nak tengok karektor kita. Adakah kita culas ataupun tak untuk bayar balik pinjaman.

Ya lah. Bank nak bagi pinjam bukan seribu dua. Tapi beratus ribu.

Tempoh bayar balik bukan setahun dua macam korang main kutu tu. Tapi tempoh panjang (selama 30-35 tahun).

Untuk rumah pertama je yang susah sikit. Bila korang dah lepas pembiayaan perumahan rumah pertama. Nak beli rumah kedua ataupun seterusnya memang bank tak minta macam-macam.

Sebab rekod bayaran balik rumah pertama kau orang cantik dah.

Komitmen kereta paling lama 9 tahun. Komitmen rumah 30 hingga 35 tahun. Jadi, bank kena tapis betul-betul permohonan korang.

Kewangan kena stabil. Orang yang ada disiplin saja boleh komited untuk bayar dengan cantik, dengan jumlah yang tepat.

Kalau tak ada sebarang komitmen atau hutang, bank tak tahu dan tak ada idea korang jenis macam mana.

Pihak bank nak beri pembiayaan perumahan kat mereka yang kemampuan sahaja. Jadi korang kena buktikan yang korang mampu jadi pembayar yang baik.

loan-rumah

Bank akan tengok asas 3C ini kat anda

Karektor pembayaran balik berdasarkan laporan CCRIS. Maklumat peribadi. Pekerjaan. Tempoh masa bekerja dalam sesebuah syarikat.

Pendapatan korang berapa? Adakah konsisten setiap bulan? Berapa jumlah baki selepas dah bayar hutang atau komitmen? DSR kau orang berapa? Adakah dibawah 60%-70%?

Cara kita DSR: Jumlah Hutang Sedia Ada + Ansuran Hutang Rumah Yang Nak Beli / Pendapatan Bersih X 100%.

Adakah kau orang ada sebarang aset, pelaburan ataupun sebarang simpanan?

Pembiayaan perumahan sangat senang jika korang tahu aturannya. Komitmen kat pembiayaan perumahan tak ambil masa yang pendek, tapi antara 30-35 tahun.

Jadi, 3C korang kena score 3C kat atas tadi dulu, baru pihak bank yakin dengan korang.

Macam mana nak buat rekod CCRIS?

Biasanya gua bagi 2 pendapat.

Jika korang dah ada deposit rumah, dan bersedia nak beli rumah dalam tahun tersebut, korang boleh:

#1: Mohon kad kredit

Buat untuk transaksi pembelian minyak petrol dan beli barang keperluan saja.

Pihak bank bukan tengok hari ni korang apply kad kredit, dah ada CCRIS dan terus yakin dengan kemampuan bayar balik korang.

Biasanya perlu tempoh 6 bulan baru akan muncul dalam laporan CCRIS. Semua cun melecun, biar 0,0,0,0,0,0.

Kad kredit pun masuk 5% daripada baki terkini untuk perkiraan DSR. Jangan sampai 70% credit limit pulak ya.

Tapi kalau korang belum ada lagi deposit rumah. Dan pasang matlamat nak beli rumah dalam 2-3 tahun, boleh juga buat CCRIS dengan melabur dalam ASB Financing.

#2: Mohon ASB Financing

Mulakan dengan RM50,000. Bulanan korang ken bayar dalam RM285.

Selalu gua tekankan ASB Financing ni pembiayaan dengan bank. Dan sebarang pembiayaan dengan bank masuk dalam laporan CCRIS.

Jadi, masuk dalam perkiraan DSR (Debt Service Ratio). ASB Financing akan masuk kira sama jika tak cukup satu tahun. Jelas?

Lepas 2-3 tahun terminate dan pulangan prinsipal, dividen terkumpul boleh kita gunakan untuk modal beli rumah.

Jadi force saving korang juga sebenarnya. Takdelah tiap kali dapat gaji tak tahu duit korang pergi ke mana.

Kalau korang dah ada ansuran kereta, pembiayaan peribadi tak payah buat lagi hutang di atas ni. Dah memang kau orang sudah ada laporan CCRIS.

Bayar jumlah yang tepat pada masa yang dah ditetapkan okay? Kalau tak laporan CCRIS kau orang barai nanti lagi susah nak beli rumah.

Siapa ada PTPTN pun sudah masuk dalam laporan CCRIS. Jadi, bayar hutang ini dan jangan pula diabaikan.

Lain padang lain belalang. Lain bank lain dia punya SOP. Lain dia punya game plan.

Kalau tak ada laporan CCRIS, tak tentu lagi bank akan tolak terus permohonan pembiayaan perumahan korang. Rajinkan diri walk-in ke bank ye. Tanya 3 atau 5 bank.

Tip tambahan supaya bank senang luluskan permohonan loan rumah korang

#1: Jadi penghutang yang baik

Bila nak periksa laporan CCRIS, pastikan semua bersih daripada segala nombor lain selain 0,0,0,0,0,0,0 tu.

Dah berhutang tu, bayarlah dengan jumlah yang tepat pada masa yang dah ditetapkan.

#2: Cipta rekod CCRIS

Kalau tak ada laporan CCRIS, tak bermaksud pihak bank akan terus reject permohonan pembiayaan perumahan korang.

Mungkin korang akan dikenakan kadar keuntungan bank agak tinggi berbanding orang lain.

Daripada laporan CCRIS, pihak bank akan tahu karektor pembayaran balik korang. Adakah korang seorang culas, atau sebaliknya.

#3: Elakkan mencipta sejarah hitam

Kalau korang ada sejarah hitam seperti rumah pernah dilelong, kereta pernah ditarik, ataupun di bawah pemantauan AKPK, ini mungkin akan sukarkan pihak bank nak luluskan pembiayaan perumahan korang tu.

Jadi, rancang kewangan korang dengan sebaiknya. Buat bajet dulu. Kalau tak mampu bayar, elakkan “terbeli” kereta mewah ya.

#4: Mencapai credit limit kad kredit anda

Gua ada seorang kawan. Dia sangat bijak merancang.

Tapi bila dia dah ada kad kredit, dia mula berubah. Swipe sana sini serupa dirasuk oleh kad kredit tersebut.

Penyudahnya, hutang kad kredit sampai RM11,000!

Janganlah korang jadi hamba kad kredit. Anggaplah ia sebagai wang kertas. Untuk mohon pembiayaan perumahan janganlah sampai mencapai 70% kredit limit. Bayar semua dulu.

#5: Hati-hati bila diminta jadi penjamin

Elakkan jadi penjamin sepupu, kawan-kawan, pakwe atau makwe kalau korang tak berapa yakin dengan kemampuan kewangan mereka.

Dia nak berhutang untuk kahwin pun, korang jangan baik hati sangat nak jadi penjamin dia. Kalau dia tak bayar, korang yang kena tanggung nanti.

#6: Fokus kat simpanan

Untuk membeli rumah pertama, amatlah digalakkan untuk ada simpanan yang secukupnya.

Kalau ansuran pembiayaan perumahan kau nanti RM550 setiap bulan, elok ada 6 bulan simpanan untuk buat back up di masa hadapan dalam RM3,300.

Lagi banyak lagi bagus. Simpanlah dalam Tabung Haji ataupun ASB. Kepilkan masa mohon pembiayaan perumahan nanti.

#7: Baki Bulanan Dalam Akaun Bank

Sekarang, bank besar bertambah susah nak luluskan pembiayaan perumahan individu yang bergaji bawah RM3,000.

Ada juga bank melaksanakan NDI (Net Disposable Income).

Apa itu NDI? Nak senang faham ialah baki bersih selepas tolak semua komitmen atau hutang.

Kalau korang tinggal kat bandar, NDI kena atas RM1,500. Jika di luar bandar baki kena ada RM1,000.

Apa gunanya NDI ni? Untuk kos sara hidup koranglah. Korang kan suka makan kat kedai hipster je. Kos bayar petrol kereta import mewah korang tu. Kakakaka.

Jangan takut. Pergilah shopping dekat bank tu. Bawa payslip dan tanya mereka berapa kemampuan pembiayaan perumahan yang korang boleh dapatkan.

Kat sini, Tok harap korang dah jelas lah kenapa bank susah nak luluskan loan rumah bila korang takde rekod hutang sebelum ni.

Kalau korang rasa artikel ni banyak bagi insight baru kat korang, Tok harap korang share lah dekat kawan-kawan yang mungkin ada isu sama jugak, tapi masih buntu. Benda baik elok kita kongsi.

Kalau nak belajar lebih lagi pasal hartanah, Tok lagi rekemen korang masuk kelas saudara Faizul Ridzuan ni. Kat sini, diorang akan share lagi detail tentang ilmu mahal dalam hartanah ni, tapi masuknya free je. Kalau nak join, klik je gambar bawah ni.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

loan-rumah

Loan rumah lebih senang lulus bila anda dah khatam semua tips ni 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list