Artikel Terkini

Macam Ni Rupanya Tanam Asparagus Menjadi, Pokoknya Boleh Tahan Hidup 20 Tahun

Macam Ni Rupanya Tanam Asparagus Menjadi, Pokoknya Boleh Tahan Hidup 20 Tahun

Macam Ni Rupanya Tanam Asparagus Menjadi, Pokoknya Boleh Tahan Hidup 20 Tahun 1

Asparagus atau nama saintifiknya Asparagus officinalis adalah sayuran popular di seluruh dunia. Selain rasanya, khasiat yang terkandung menjadikan ia antara sayuran pilihan. Terdapat kira-kira 300 spesies asparagus di seluruh dunia. Tapi, di Malaysia, ianya agak kurang dinikmati disebabkan harganya yang tinggi.

Tapi, ada spesies asparagus yang mudah dan berhasil ditanam di Malaysia. Jom kita lihat perkongsian Faridah Rahman cara menajdi tanam asparagus di halaman

Siapa kata asparagus hanya boleh ditanam di tanah tinggi sahaja ? Ini adalah hasil dari 6 pokok asparagus..purple asparagus lebih manis rasanya dari yg hijau. Cukuplh untuk buat nasi goreng pagi ini.

Pokok-pokok tu saya tanam dari biji benih yang dibeli di AE Grafted Nursery , Kota Bharu, Kelantan.

Bagi mereka yang dh beli biji benih, ini cara-caranya: 

1. Rendam biji benih semalaman dgn beberapa biji bawang merah
2. Sediakan tray dgn media campuran tanah hitam dan peatmoss ( sabut cincang )
3. Letakkan biji benih, satu biji satu lubang. Siram dan tutup dgn plastik hitam. Letakkan di tempat teduh.
4. Selepas 2 hari, buka plastik hitam dan biarkan di tempat teduh.Biji benih asparagus ambil masa 2 -5 minggu untuk bercambah. Jadi kena sabarlh ya..
5. Bila dh tumbuh 3- 4 batang bolehlh pindahkan ke pasu kecil
6.Selepas 3- 4 bulan, agak2 pokok dh stabil bolehlh pindahkan ke pasu besar atau kawasan yg lebih luas
7. Siraman dilakukan 2 kali sehari.

Hayat pokok asparagus adalh 20 tahun.

Macam Ni Rupanya Tanam Asparagus Menjadi, Pokoknya Boleh Tahan Hidup 20 Tahun 2Asparagus ni ada jantan dan betina. Yang jantan spearsnya lebih besar dibandingkan dgn yg betina. Yg betina kecil tapi mengeluarkan bunga dan buah untuk dijadikan benih.

Macam Ni Rupanya Tanam Asparagus Menjadi, Pokoknya Boleh Tahan Hidup 20 Tahun 3 Macam Ni Rupanya Tanam Asparagus Menjadi, Pokoknya Boleh Tahan Hidup 20 Tahun 4Asparagus yang ditanam dalam raised beds. Media tanah hitam dan cocopeat (sabut cincang)

Macam Ni Rupanya Tanam Asparagus Menjadi, Pokoknya Boleh Tahan Hidup 20 Tahun 5Crown yang besar dah boleh dipisahkan untuk dibiakkkan.

Macam Ni Rupanya Tanam Asparagus Menjadi, Pokoknya Boleh Tahan Hidup 20 Tahun 6Pokok betina yang mula berbuah. Kena tunggu berwarna merah baru boleh dipetik untuk dijadikan biji benih.

Macam Ni Rupanya Tanam Asparagus Menjadi, Pokoknya Boleh Tahan Hidup 20 Tahun 7Antara baja yang digunakan. Yang hitam tu baja kopi.

Macam Ni Rupanya Tanam Asparagus Menjadi, Pokoknya Boleh Tahan Hidup 20 Tahun 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link