Artikel Terkini

MAG sambut baik pelantikan Wan Zulkiflee sebagai pengerusi baharu MAB

MAG sambut baik pelantikan Wan Zulkiflee sebagai pengerusi baharu MAB 1

MAG sambut baik pelantikan Wan Zulkiflee sebagai pengerusi baharu MAB 2

MAG sambut baik pelantikan Wan Zulkiflee sebagai pengerusi baharu MAB 3

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) menyambut baik pelantikan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai pengerusi baharu Malaysia Airlines Bhd (MAB), berkuat kuasa 1 Julai, 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan dan Pengarah Urusan MAG Kapten Izham Ismail berkata pasukan kepimpinan kanan kumpulan berhasrat bekerjasama rapat dengan Wan Zulkiflee untuk mencorakkan masa depan kumpulan itu.

“Kepimpinan Wan Zulkiflee yang terbukti dan kerjaya terkenalnya di Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membuktikan bahawa beliau merupakan calon paling sesuai untuk menerajui MAG pada masa depan sebagai pemain yang kukuh dalam sektor penerbangan dan pengupaya penting dalam pembangunan nasional,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pelantikan Wan Zulkiflee itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Muhyiddin turut mengumumkan pelantikan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz sebagai Presiden dan CEO baharu Petronas bagi menggantikan Wan Zulkiflee berkuat kuasa 1 Julai ini.

MAB ialah anak syarikat milik penuh MAG.

–BERNAMA



MAG sambut baik pelantikan Wan Zulkiflee sebagai pengerusi baharu MAB 2

Source link