Artikel Terkini

Maghribi singkir Sepanyol, menang penentuan penalti

Maghribi singkir Sepanyol, menang penentuan penalti
Maghribi singkir Sepanyol, menang penentuan penalti 1

DOHA – Pasukan Maghribi mencipta sejarah apabila mara ke pentas suku akhir Piala Dunia 2022 dengan menewaskan Sepanyol 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi terikat seri tanpa jaringan pada pusingan 16 terbaik sebentar tadi.

Pada aksi Stadium Education City itu, skuad La Roja kendalian Luis Enrique membariskan kesebelasan terbaik dengan Marco Asensio, Dani Olmo dan Ferran Torres mengemudi jentera serangan.

Pasukan Atlas Lion yang menjuarai peringkat kumpulan turut membariskan pemain bertaraf bintang mereka seperti Hakim Ziyech, Achraf Hakimi dan penjaga gol utama, Yassine Bounou.

Kedua-dua pasukan dilihat beraksi dengan taktikal berbeza apabila Sepanyol lebih banyak menguasai bola manakala Maghribi pula melakukan serangan balas pantas.

Namun, tiada sebarang peluang bahaya yang dapat dilakukan oleh kedua-dua pasukan dengan peluang terbaik menerusi percubaan pemain pertahanan Maghribi, Nayef Aguerd pada minit ke-43 tetapi tidak menepati sasaran.

Bersambung pada babak kedua, saingan lebih terbuka apabila Sepanyol lebih bijak mengatur serangan tetapi masih belum mampu menguji Bounou selain benteng pasukan lawan yang begitu kebal.

Enrique membuat rombakan dengan memasukkan pemain gantian seperti Alvaro Morata, Nico Williams dan Carlos Soler.

Bagaimanapun, peluang terbaik tiba menerusi penyerang gantian Maghribi, Walid Cheddira pada minit ke-86 tetapi mudah diselamatkan oleh penjaga gol, Unai Simon.

Sepanyol hampir memecah kebuntuan pada masa kecederaan tetapi sepakan percuma yang dilakukan oleh Olmo berjaya ditepis sekali gus aksi terpaksa diheret ke masa tambahan.

Ketika pemain Maghribi seperti keletihan, Sepanyol menggandakan asakan dalam usaha memburu gol bagi mengelakkan saingan dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti.

Nasib sememangnya tidak memihak kepada juara edisi 2010 itu selepas rembatan pemain gantian, Pablo Sarabia terkena palang dengan wisel penamat ditiupkan.

Pada penentuan penalti, Bounou menjadi wira buat Maghribi selepas menyelamatkan tiga sepakan penalti pasukan lawan yang diambil oleh Sarabia, Soler dan kapten, Sergio Busquets.

Sementara itu, pemain Maghribi, Abdelhamid Sabiri, Ziyech dan Hakimi berjaya menunaikan tanggungjawab masing-masing sekali gus membawa pasukan mara ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah.

Kejayaan Maghribi menjuarai Kumpulan F sebelum ini membolehkan Persatuan Bola Sepak DiRaja Maghribi (FRMF) menerima habuan besar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan wang tunai sebanyak AS$13 juta (RM56.7 juta).

Nilai tersebut bertambah menjadi AS$17 juta (RM74.5 juta) selepas mereka mara ke peringkat suku akhir nanti. – KOSMO! ONLINE


Maghribi singkir Sepanyol, menang penentuan penalti 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo