Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pameran dwitahunan itu dijanjikan akan lebih meriah dan mengagumkan pengunjung yang bakal hadir ke tapak kekal MAHA di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
“Dua tahun akan datang kita janji akan menjayakan MAHA 2020 yang lebih baik dan lebih besar serta akan mengagumkan kita semua,” katanya pada Majlis Makan Malam Apresiasi MAHA 2018, di sini Jumaat malam.
Pada majlis yang sama, Salahudin turut merasmikan logo MAHA 2020.
Salahuddin berkata beliau berterima kasih kepada semua pihak kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MAHA 2018.
“Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dan saya yakin kita mampu gerak ke hadapan dan dapat terus bersama memajukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai kementerian yang menjadi penyumbang besar untuk ekonomi negara,” katanya.
— BERNAMA
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source link