Artikel Terkini

Mahu bercuti? Kenali 5 pulau yang boleh dikunjungi di Terengganu!

Mahu bercuti? Kenali 5 pulau yang boleh dikunjungi di Terengganu! 1

Mahu bercuti? Kenali 5 pulau yang boleh dikunjungi di Terengganu! 2

PELBAGAI tarikan unik dan istimewa yang terdapat di negeri Terengganu yang mungkin tidak diketahui oleh orang ramai.

Sesuai dengan kebenaran untuk merentas negeri susulan tamatnya siri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pasti ramai yang tercari-cari destinasi percutian yang menarik untuk dikunjungi seisi keluarga.

Negeri Terengganu yang terletak di kawasan pantai timur ini penuh dengan pantai dan pulau-pulau tropika yang indah dan sesuai untuk dikunjungi oleh orang ramai.

BACA: Terengganu jangka industri pelancongan pulih seawal enam bulan

Berikut Astro AWANI senaraikan beberapa pulau yang boleh dilawati selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

1.  Pulau Kapas

.

Pulau Kapas semestinya merupakan destinasi yang sesuai dan alternatif yang sesuai kepada Pulau Redang atau Pulau Perhentian bagi mengelakkan kesesakan.

Jaraknya yang terletak hanya 20-30 minit dari Jeti Marang di Kuala Terengganu menjadikan lokasi pulau ini strategik dan senang untuk dikunjungi. 

Difahamkan Pulau Kapas ditutup untuk pelancong pada musim tengkujuh iaitu pada November hingga Febuari dan boleh dikunjungi pada pada bulan April hingga Ogos.

Apa aktiviti yang boleh dilakukan di sini?

Salah satu sebab utama pengunjung wajib melawat Pulau Kapas adalah meneroka kepelbagaian hidupan laut yang terdapat di sekitar pulau itu. 

Pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkeling atau selam skuba untuk meneroka kepelbagaian hidupan laut yang terdapat di situ. Pengunjung juga turut berpeluang untuk berenang dengan anak-anak ikan yu di ‘Shark Bay’.

.

Dalam pada itu, masih terdapat aktiviti-aktiviti lain seperti ‘jungle trekking’ atau bola tampar. Lebih menarik lagi, pengunjung boleh merancang lawatan ke Pulau Gem, iaitu pulau kecil yang terletak berhampiran Pulau Kapas.

BACA: Aktiviti ‘jungle trekking’, pendakian, perkhemahan tidak dibenarkan bermalam

2.  Pulau Lang Tengah

.

Pulau ini terletak dalam sekitar 22 kilometer dari pesisir pantai semenanjung. Untuk ke sini, pengunjung boleh menaiki bot dari Jeti Merang di yang bertempat di sekitar daerah Besut. 

Menariknya tentang pulau ini, terdapat pelbagai aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan di pulau ini seperti aktiviti snorkeling dan penyelaman.

Pengunjung dapat menyaksikan pelbagai jenis kehidupan laut seperti ikan nuri, anak ikan yu serta koleksi batu karang berwarna warni.

Selain itu juga, para pengunjung boleh melawat Pusat Konservasi Penyu di ‘Turtle Bay’. Ia terletak di sebuah pantai yang terpencil dan diuruskan oleh sukarelawan yang juga bertanggungjawab menjalankan kajian di situ serta memelihara premis itu.

Sekiranya anda berkunjung pada waktu penyu mendarat, anda dapat melihat sarang dan mungkin juga beberapa anak penyu bergantung pada waktu tahun ini.

3.  Pulau Gemia

.

Pulau Gemia juga antara destinasi menarik untuk diterokai tetapi ia mungkin jarang diperkatakan berbanding pulau-pulau lain seperti Pulau Perhentian atau Pulau Redang.

Pulau Gemia yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Marang itu mendapat namanya daripada pokok kundang atau lebih dikenali sebagai pokok Gemia oleh masyarakat Terengganu.

Menariknya, pulau ini kaya dengan terumbu karang dan mempunyai pelbagai khazanah hidupan laut dan boleh melakukan aktiviti snorkeling.

Terdapat juga pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini antaranya adalah berkayak, snorkeling dan merentas hutan.

Perjalanan ke Pulau Gemia mengambil masa 15 minit sahaja dengan menaiki bot dari jeti Marang.

Bagaimanapun, pulau ini jarang dikunjungi oleh kalangan pelancong tempatan walaupun keindahannya tidak kurang hebat dengan yang lain, namun agak terkenal dalam kalangan pelancong asing.

4. Pulau Rhu Hentian

.

Dikenali dengan air laut yang jernih di sekitarnya, pengunjung juga boleh menyelami lautannya yang kaya dengan hidupan-hidupan laut seperti batu-batu karang, siput, rumpai air dan pelbagai spesis ikan.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan sekitar pulau ini yang sungguh nyaman dan
Untuk menuju ke sini, pengunjung boleh menaiki bot laju dari terminal pelancongan Kuala Besut yang mengambil masa hanya 20 minit.

5.  Pulau Rawa

.

Pulau Rawa bukan sahaja terdapat di Johor malah Terengganu juga memiliki pulau dengan nama yang sama.

Namun, kecantikan pemandangan Pulau Rawa di Terengganu ini turut setanding dengan Pulau Rawa yang terletak di Mersing, Johor. 

Lokasi ini tentunya sangat sesuai untuk snorkeling dan menyelam.

Pulau Rawa mempunyai kualiti air yang paling jernih di Laut China Selatan. Oleh kerana tidak ada pusat peranginan di sini, air tidak tercemar oleh sampah manusia. Pengunjung ke Pulau Rawa diminta membawa pulang sampah mereka.

Air lautnya yang biru jernih itu juga menampakkan keindahan terumbu-terumbu karang yang terbentuk indah di dasar laut berdekatan dengan daratan pantai.

Pemandangan di sekitar Pulau Rawa ini cukup tanpa perlu bersnorkeling untuk melihat keindahan panorama dalam airnya.



Mahu bercuti? Kenali 5 pulau yang boleh dikunjungi di Terengganu! 2

Source link