Infotainment

Mahu Lengkapkan Rekod 30-0, Pengurus Beri Bayangan Khabib Bakal ‘Kembali’

Mahu Lengkapkan Rekod 30-0, Pengurus Beri Bayangan Khabib Bakal 'Kembali' 1

Mahu Lengkapkan Rekod 30-0, Pengurus Beri Bayangan Khabib Bakal 'Kembali' 2

Tidak dinafikan impak dan aura Khabib Nurmagomedov telah membuatkan mereka yang tidak pernah menonton Ultimate Fighting Championship (UFC) juga turut memberi perhatian kepada sukan ini.

Pengumuman persaraan Conor McGregor daripada dunia UFC yang dibuat pada Jun lalu diikuti dengan Khabib Nurmagomedov baru-baru ini secara tidak langsung telah membuatkan UFC hilang seri berikutan kehilangan dua individu yang dikenali ramai.

Dalam pada itu, pengurus Khabib Nurmagomedov menerusi laman Twitter beliau baru-baru ini telah membuatkan orang ramai teruja selepas memuat naik sebuah tweet merujuk kepada rekod yang diimpikan Khabib iaitu 30-0. Sebagai rekod Khabib kini 29 perlawanan tanpa kalah dan cuma perlukan satu lagi perlawanan untuk mencapai target.

Sebelum ini, Dana White selaku presiden UFC telah memujuk Khabib untuk mempertimbang semula persaraan beliau serta kembali bertarung di UFC.

Berbeza pula dengan janji Khabib kepada ibunya dimana beliau memaklumkan pertarungan beliau bersama Justin Gaethje baru-baru ini adalah yang terakhir. Semuanya dibuat kerana beliau tidak lagi dapat bertarung tanpa ayahnya disisi.

Meskipun orang ramai mengimpikan perlawanan semula antara Khabib dengan Conor McGregor, peminat UFC nampaknya lebih teruja untuk menyaksikan Khabib bertemu Tony Ferguson. Hal ini kerana Tony Ferguson dikatakan lawan sebenar buat Khabib Nurmagomedov.

004_Tony_Ferguson_Khabib_Nurmagomedov.0.0

Sumber: Essentially Sports

Setakat ini, Khabib Nurmagomedov masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pilihannya sama ada untuk terus bersara atau kembali buat kali yang terakhir.

Conor McGregor yang dianggap musuh utama Khabib Nurmagomedov turut mengucapkan takziah seusai mendengar berita mengenai pemergian bapa Khabib.

Berhenti Kelahi Seketika, Conor McGregor Ucap Takziah Buat Bapa Khabib

Mahu Tunai Janji Ibu, Khabib Nurmagomedov Umum Bersara Daripada UFC




Mahu Lengkapkan Rekod 30-0, Pengurus Beri Bayangan Khabib Bakal 'Kembali' 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo