Artikel Terkini

Mahu Memperkasa Pengiklanan Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS), Nu Ideaktiv Sdn Bhd & EML Meterai Kerjasama

Mahu Memperkasa Pengiklanan Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS), Nu Ideaktiv Sdn Bhd & EML Meterai Kerjasama
Mahu Memperkasa Pengiklanan Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS), Nu Ideaktiv Sdn Bhd & EML Meterai Kerjasama 1

Nu Ideaktiv Sdn Bhd (Nu Ideaktiv) dan Enrichment Media Lab (EML) Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam satu majlis yang berlangsung di Pejabat Urusan Nu Ideaktiv, pada Khamis. 

Syarikat diwakili Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv dan Muhamad Ashraf DM Tej Nasir, Pengarah Urusan Enrichment Media Lab telah menyempurnakan acara menandatangani memorandum, sekali gus memeterai kerjasama dan perlantikan Enrichment Media Lab sebagai rakan pakar media bagi mensasarkan segmen Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS). 

Mahu Memperkasa Pengiklanan Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS), Nu Ideaktiv Sdn Bhd & EML Meterai Kerjasama

Menerusi kerjasama ini, Enrichment Media Lab akan bertindak sebagai rakan pakar media yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS dalam industri kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, pakaian, perabot, pendidikan dan bimbingan. 

Nu Ideaktiv yang memiliki lebih 17 jenama dan peneraju dalam industri media berbahasa Melayu, menyediakan kandungan, platform dan pelaksanaan sejajar dengan kerjasama yang dibuat. 

Mahu Memperkasa Pengiklanan Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS), Nu Ideaktiv Sdn Bhd & EML Meterai Kerjasama

Syamil Fahim dalam ucapannya memberitahu, MoU ini adalah permulaan untuk kerjasama bagi membantu dan meningkatkan lagi industri PKS negara ini menerusi media sebagai pemacu utama. 

“Melihat kepada kepakaran yang dipunyai oleh Enrichment Media Lab dalam segmen industri pengiklanan PKS dan pengetahuan mereka bagaimana PKS merangka strategi dalam pemasaran dan pengiklanan, adalah menjadi satu peluang dan kelebihan bagi Nu Ideaktiv untuk berkolaborasi dan berkerjasama dengan syarikat ini bagi menguasai segmen pengiklanan media PKS.” 

“Kerjasama ini juga bertujuan membantu perniagaan dan pengasas jenama untuk berkembang menerusi hebahan media meluas, pelaksanaan acara dan promosi rentas platform yang dimiliki Nu Ideaktiv di digital, program tv dan banyak lagi,” katanya. 

Mahu Memperkasa Pengiklanan Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS), Nu Ideaktiv Sdn Bhd & EML Meterai Kerjasama

Enrichment Media Lab sebagai agensi pakar media melihat Nu Ideaktiv sebagai syarikat yang berpotensi untuk membantu membangun industri PKS. 

“Nu Ideaktiv memiliki pelbagai jenama media No.1 di Malaysia yang boleh membantu PKS berkembang maju dan menembus audiens sasar bagi pertumbuhan perniagaan dan sasaran keuntungan syarikat.” 

“Kerjasama ini tidak terhad kepada satu medium sahaja. Berdasarkan hala tuju sesebuah perniagaan, kita boleh melaksana pelbagai projek yang signifikan, mencapai sasaran dan mentransformasi perniagaan,” kata Ashraf. 

Mahu Memperkasa Pengiklanan Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS), Nu Ideaktiv Sdn Bhd & EML Meterai Kerjasama

Antara kerjasama awal Nu Ideaktiv dan Enrichment Media Lab adalah menerusi penerbitan rancangan TV iaitu perjalanan keibubapaan pemilik jenama Noir dalam PA&MA : Diari Madammu, dan IMPIANA Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi oleh Ella furniture. Rancangan ini bakal bersiaran di saluran Astro awal tahun hadapan. 

“Kami juga sedang merangkakan satu acara besar untuk meraikan Ramadan dan Syawal, yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Syamil lagi. 

Mahu Memperkasa Pengiklanan Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS), Nu Ideaktiv Sdn Bhd & EML Meterai Kerjasama

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Mahu Memperkasa Pengiklanan Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS), Nu Ideaktiv Sdn Bhd & EML Meterai Kerjasama

Baca artikel berikutnya: Apa Beza Antara Insurans Pembiayaan Rumah MRTT & MLTT?

 

Mahu Memperkasa Pengiklanan Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS), Nu Ideaktiv Sdn Bhd & EML Meterai Kerjasama 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo