Infotainment

Mahu Terus Kekal Beroperasi, Kilang Di Kedah Ini ‘Menyamar’ Sebagai Pengeluar Pelitup Muka

Mahu Terus Kekal Beroperasi, Kilang Di Kedah Ini ‘Menyamar’ Sebagai Pengeluar Pelitup Muka

Mahu Terus Kekal Beroperasi, Kilang Di Kedah Ini 'Menyamar' Sebagai Pengeluar Pelitup Muka 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Kesemua kilang yang berkepentingan termasuk kilang pengeluaran produk pencegahan COVID-19 dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan syarat, kilang tersebut mestilah memiliki surat kebenaran daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Akan tetapi, lain pula kisahnya di Sungai Petani, Kedah di mana terdapat beberapa buah kilang yang bukan sahaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP kerana beroperasi secara haram, malah menjadi lokasi punca berlakunya peningkatan kes jangkitan COVID-19 tempatan.

adzli_1616056643

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah. Sumber: Berita Harian

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, menerusi operasi pemantauan yang dilakukan, pihaknya juga berjaya mengesan bahawa ada kilang pengeluar baju renang yang telah menyalahguna surat kebenaran MITI untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP.

“Mereka menunjukkan surat MITI dan dibenarkan beroperasi kononnya kilang berkenaan merupakan pengeluar pelitup muka, barang keperluan yang sangat diperlukan ketika ini.

“Namun setelah diperiksa, pihak kita mendapati bahawa mereka sebenarnya adalah kilang yang menghasilkan pakaian renang,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro.

Adzli turut menambah bahawa ada juga kilang pengeluar arang kayu dan bahan kitar semula logam yang masih lagi berdegil untuk beroperasi walaupun industri berkenaan pelu ditutup ketika ini.

Sejak 1 Jun lalu, Adzli juga mengatakan bahawa pihaknya sudah memeriksa hampir 43 buah kilang dan 10 kilang daripada junlah tersebut telah dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar SOP PKP melibatkan sektor perindustrian.

Beliau juga memberitahu jumlah terkini semua kompaun yang dikeluarkan hampir mencecah RM1 juta dan mengingatkan kepada semua pihak supaya terus mematuhi arahan SOP bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Surat MITI perlu miliki kod QR. Baca lebih lanjut menerusi pautan di bawah.

Mahu Elakkan Pemalsuan Dan Sah Tulen, Surat Miti Perlu Miliki Kod QR

‘Seperti Bawa Ayam’, Pemandu Lori Bawa Pekerja Positif COVID-19 Ditahan Polis

PKP 3.0 Buat Malaysia Rugi RM1 Bilion Sehari, Kata Muhyiddin



Mahu Terus Kekal Beroperasi, Kilang Di Kedah Ini 'Menyamar' Sebagai Pengeluar Pelitup Muka 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo