Infotainment

Malaysia Membelanjakan RM2.05 Bilion Untuk Vaksin COVID-19 – Merangkumi 83 Peratus Populasi Negara – Amanz

Malaysia Membelanjakan RM2.05 Bilion Untuk Vaksin COVID-19 – Merangkumi 83 Peratus Populasi Negara – Amanz 2

Setelah pelbagai syarikat-syarikat farmaseutikal di seluruh dunia mula memperlihatkan ujian-ujian vaksin yang biasa membendung wabak COVID-19, negara-negara di seluruh dunia, termasuklah Malaysia dilihat telah membeli vaksin-vaksin ini untuk mengimunisasikan rakyat daripada virus yang kian menular ini.

Baru-baru ini, ia telah diumumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM2.05 bilion untuk mendapatkan sejumlah vaksin daripada syarikat-syarikat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah turut mengatakan bahawa setakat ini, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membeli vaksin COVID-19 ini daripada empat syarikat berikut: Pfizer, AstraZeneca, sinovac, CanSinoBIO dan The Gamaleya National Center.

Dari segi pecahan vaksin yang didapati, kerajaan Malaysia telahpun disahkan akan mendapatkan sebanyak 12.8 juta dos vaksin Pfizer yang akan dibekalkan dalam tiga fasa penghantaran sepanjang tahun hadapan.

Untuk vaksin-vaksin yang lain, kerajaan Malaysia telahpun bersetuju untuk membeli vaksin-vaksin ini, tetapi masih lagi sedang menunggu ujian keberkesanan fasa ketiga. Ia telah disahkan bahawa kerajaan akan membeli 6.4 juta dos vaksin keluaran AstraZeneca.

Persetujuan pembelian dengan syarikat-syarikat ini telahpun disahkan, dan ujian untuk menilai keberkesanan dan keselamatan vaksin akan diusahakan oleh pihak National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dengan kadar yang segera.

Menurut DG Hisham, ujian ini biasanya akan mengambil masa dari 90 ke 120 hari sebelum ia boleh disahkan dan digunakan oleh rakyat jelata. Oleh kerana wabak COVID-19 yang semakin menular, beliau mengatakan bahawa ujian ini akan dipercepatkan ke 90 hari supaya ia boleh ditawarkan ke orang ramai dengan lebih cepat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengesahkan bahawa Malaysia akan menerima penghantaran pertama vaksin Pfizer sebanyak 1 juta dos pada bulan Februari kelak, dimana ia akan ditawarkan kepada kumpulan-kumpulan fokus yang telahpun ditetapkan kerajaan.

Penghantaran kedua dan ketiga vaksin Pfizer yang akan berlaku kemudian bermakna bahawa dengan vaksin tersebut sahaja, 40 peratus daripada rakyat Malaysia boleh menerima inokulasi tersebut.

Apabila kita menerima vaksin daripada syarika-syarikat yang lain, seramai 83 peratus daripada rakyat boleh menerima vaksin tersebut, lebih tinggi daripada jangkaan awal 70 peratus rakyat.

Khairy Jamaluddin turut mengatakan bahawa pihak kerajaan akan terus berbincang untuk meningkatkan jumlah vaksin yang disimpan supaya 100 peratus rakyat dapat menerima vaksin ini.



Malaysia Membelanjakan RM2.05 Bilion Untuk Vaksin COVID-19 – Merangkumi 83 Peratus Populasi Negara – Amanz 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo