Infotainment

Malaysia Perlu Fokus Tiga Perkara Penting Ini Jika Mahu ‘Selamatkan’ Ekonomi, Kata Johari

Malaysia Perlu Fokus Tiga Perkara Penting Ini Jika Mahu ‘Selamatkan’ Ekonomi, Kata Johari
Malaysia Perlu Fokus Tiga Perkara Penting Ini Jika Mahu ‘Selamatkan’ Ekonomi, Kata Johari 1

Malaysia Perlu Fokus Tiga Perkara Penting Ini Jika Mahu ‘Selamatkan’ Ekonomi, Kata Johari

Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menzahirkan rasa bimbang terhadap ekonomi Malaysia yang disifatkan agak ketinggalan berbanding dengan negara-negara jiran lain di rantau ASEAN.

Paling corot

Malaysia Perlu Fokus Tiga Perkara Penting Ini Jika Mahu ‘Selamatkan’ Ekonomi, Kata Johari 3

Johari berkata berdasarkan kepada petunjuk-petunjuk utama seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Pelaburan Langsung Asing (FDI), pertumbuhan pendapatan per kapita dan jumlah hutang negara, Malaysia berada pada kedudukan yang membimbangkan.

Kedudukan ekonomi negara sungguh membimbangkan saya. Kalau kita lihat beberapa indikator (petunjuk) ekonomi, ia tidak menunjukkan kita berada dalam kedudukan yang selesa.

Dari segi KDNK tahun 2021, ekonomi kita berkembang pa­ling corot jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN lain.

Jelas Johari, Malaysia hanya berkembang 3.1 peratus berbanding Filipina 7.4 peratus, Kemboja 6.8 peratus, Vietnam 6.7 peratus dan Indonesia 6.1 peratus.

Kestabilan politik

Malaysia Perlu Fokus Tiga Perkara Penting Ini Jika Mahu ‘Selamatkan’ Ekonomi, Kata Johari 4

Tambah Johari, pendapatan perkapita Malaysia dari 2018 hingga 2021 juga berada pada kedudukan paling bawah berbanding negara lain di rantau ASEAN iaitu hanya berkembang 0.3 peratus. Manakala Vietnam 4.4 peratus dan Indonesia 4.0 peratus.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Johari turut menzahirkan kebimbangan terhadap jumlah hutang negara yang meningkat dari RM686 billion pada 2018 hingga mencecah lebih RM1 trillion pada tahun lalu, iaitu peningkatan RM320 billion.

Dengan hutang-hutang yang begitu tinggi, pembayaran faedah juga makin bertambah sehingga mencecah lebih RM42 billion setahun. Sedangkan pendapatan negara tidak berkembang selari dengan pendapatan kerajaan

Bagi memulihkan kembali ekonomi, Johari menjelaskan tiga perkara penting ini perlu diberi perhatian iaitu kestabilan politik, pemimpin yang cekap dan pemimpin yang berintegriti selain mempunyai pelan jangka pendek dan panjang yang berkesan.

Agak sukar kita mengatasi (kejatuhan ekonomi). Yang pasti­nya kita perlu ada tiga perkara penting iaitu kestabilan politik – de­ngan mendapat mandat baharu dan yang meyakinkan supaya kerajaan boleh menggubal dan melaksanakan polisi-polisi yang tidak popular bagi membaik pulih semula ekonomi ini tanpa menyebabkan kerajaan itu akan dijatuhkan.

Negara juga memerlukan pemimpin-pemimpin yang mempunyai pengalaman dan kecekapan (competency) dalam urusan membaik pulih ekonomi ini.

Negara juga perlu mempunyai pemimpin-pemimpin yang mempunyai integriti dan dipercayai rakyat.

Sumber: Mingguan Malaysia

Malaysia Perlu Fokus Tiga Perkara Penting Ini Jika Mahu ‘Selamatkan’ Ekonomi, Kata Johari 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list