Artikel Terkini

‘Mana dia bantuan banjir RM5,000 kami?’

‘Mana dia bantuan banjir RM5,000 kami?’
'Mana dia bantuan banjir RM5,000 kami?' 1

SHAH ALAM – Sekumpulan 30 penduduk Pangsapuri Jaya, Bukit Jelutong di sini menuntut agar kerajaan melunaskan janji untuk memberi bantuan RM5,000 sebagai pampasan membaiki rumah mereka yang rosak teruk akibat banjir tahun lalu.

Mereka mendakwa sudah letih untuk turun naik pejabat Pembangunan Persekutuan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi mengetahui status mereka sejak 12 bulan lalu.

Seorang penduduk, Nur Farihin Wahab, 35, berkata, dia telah tiga kali ke pejabat ICU di Seksyen 13 di sini bagi mengetahui mengenai status permohonannya yang masih belum diluluskan sehingga kini.

Katanya, antara alasan yang diberikan pihak ICU ialah nama pemohon bantuan baik pulih rumah tidak sama seperti yang tertera bagi bantuan yang lain.

“Saya maklumkan bahawa permohonan bagi bantuan baik pulih rumah berbeza kerana di­diami di bawah namanya. Ia se­perti syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Pusat iaitu permohonan bagi bantuan itu mesti di bawah nama pemilik rumah.

“Bagi semua bantuan lain, permohonan bantuan itu menggunakan nama suami saya,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Nur Farihin, bukan itu sahaja, permohonan yang dibuat menerusi e-mel juga tidak mendapat sebarang respon pihak ICU.

Seorang lagi pemohon, Mohd. Irwan Hardy Budiman, 39, berkata, dia juga masih belum menerima wang tersebut.

“Kerajaan Pusat sepatutnya menggunakan budi bicara untuk membantu mangsa yang telah mengeluarkan ribuan ringgit untuk membaiki segala kerosakan dalam rumah mereka.

“Saya telah membelanjakan kira-kira RM8,000 bagi tujuan baik pulih kerosakan banjir termasuk menukar beberapa pintu dan mengecat semula rumah.

“Sangat kecewa apabila pihak bertanggungjawab terus membisu. Kalau tidak dapat nak bagi bantuan maklumkan secara terbuka. Ramai lagi mangsa yang senasib dengan kami,” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan bantuan tunai sehingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja pembaikan rumah kepada mangsa banjir besar yang melanda sekitar akhir tahun lalu.


'Mana dia bantuan banjir RM5,000 kami?' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo