Berita

Manfaat platform online | Harian Metro

Manfaat platform online | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Satu Warisan Frozen Food komited menggunakan platform dalam talian bagi meluaskan pasaran produk sejuk bekunya di seluruh negara dan Brunei.

Pengurus Jualannya, Siti Nor Suryati Sayang Ngadelan berkata, buat masa ini, syarikat mempunyai lima pusat jualan dan 13 pengedar utama di seluruh Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Lembah Klang.

Katanya, syarikat itu ditubuhkan sejak 2010 dengan menjual produk utama iaitu otak-otak ayam dan sehingga kini mempunyai lebih tujuh jenis produk sejuk beku yang turut berada di beberapa pasar raya.

“Bagi otak-otak ayam, kami ubah lebih komersial menjadi pepes ayam dan kami merancang untuk menghasilkan kira-kira lima lagi produk sejuk beku baru antaranya pepes udang menjelang 2021.

“Hakikatnya, memang perniagaan kami turut terjejas akibat Covid-19. Oleh sebab itu kami mencari jalan keluar dengan menggunakan sebaiknya platform online supaya dapat menembusi pasaran dalam dan luar negara,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, permintaan dan sambutan terhadap produk keluaran syarikat itu mendapat maklum balas menggalakkan kerana diilhamkan mengikut cita rasa Malaysia yang boleh dinikmati semua orang.

Beliau berkata, antara produk paling mendapat permintaan ialah otak-otak ikan, pepes ayam, ayam pandan dan seafood pandan.

“Kami juga membuat penjenamaan semula (Satu Warisan) dan menyediakan pek ekonomi serta pembungkusan lebih kecil supaya mudah disimpan.

“Selain itu, untuk perancangan tahun depan kami akan memperkenalkan pepes udang yang bakal dipasarkan di rangkaian runcit seperti pasar raya besar serta produk ayam pandan terbaru di bawah jenama Esopee,” katanya.

Manfaat platform online | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo