Berita

Mangsa banjir jangan bimbang, polis ada

Mangsa banjir jangan bimbang, polis ada 2

Chukai: Polis meningkatkan pemantauan dan rondaan di kawasan kediaman penduduk yang terjejas akibat banjir bagi memastikan keselamatan harta benda serta tidak menjadi sasaran penjenayah.

Berikutan itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, mangsa yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tidak perlu bimbang rumah mereka yang dibiarkan kosong tidak berpenghuni.

“Kita tahu mangsa-mangsa banjir ini risau dengan keselamatan harta benda mereka ketika banjir kerana mungkin ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melakukan jenayah seperti curi.

“Jangan bimbang kerana selain membantu dalam pemindahan mangsa banjir, kita juga bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan nyawa dan harta benda.

“Kita bimbang berlaku kejadian tidak diingini jika mangsa-mangsa banjir ini pulang ke rumah mereka untuk memantau kawasan rumah, ” katanya pada sidang media selepas Majlis Pencapaian Kontinjen Terengganu Sepanjang 2020 dan Pemakaian Pangkat di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Roslee berkata, pihaknya bersedia menghadapi kemungkinan berlaku pemindahan mangsa banjir yang ramai khususnya di Kemaman berikutan cuaca tidak menentu ketika ini.

Menurutnya, persediaan dilakukan bersama agensi penyelamat laun yang bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa.

“Di Kemaman, seramai 200 pegawai dan anggota bersama 15 aset akan digembleng bagi menghadapi bencana yang kembali melanda sejak Ahad lalu.

“Bagi keseluruhan Terengganu, lebih 1,000 pegawai dan anggota bersedia digerakkan pada bila-bila masa sekiranya bencana banjir merebak ke daerah yang lain,” katanya.

Mangsa banjir jangan bimbang, polis ada 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo