Artikel Terkini

Mangsa banjir meningkat kepada 33,856 di seluruh negara

Mangsa banjir meningkat kepada 33,856 di seluruh negara
Mangsa banjir meningkat kepada 33,856 di seluruh negara 1

Mangsa banjir meningkat kepada 33,856 di seluruh negara
Segelintir mangsa banjir mula kembali ke rumah masing-masing semalam selepas paras air mulai surut di Kampung Durian Mentangau, Dungun, Terengganu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak, Sabah dan Perak merekodkan peningkatan pagi ini, menjadikan jumlah terkini mangsa di negeri yang terjejas banjir di seluruh negara seramai 33,856 orang.

Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu pula berkurangan manakala Johor kekal merekodkan seramai 32 orang.

Di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan mangsa banjir kini mencecah 1,136 orang daripada 294 keluarga pagi ini, berbanding 363 mangsa daripada 93 keluarga malam tadi.

Jumlah PPS meningkat kepada 18 setakat pagi ini, berbanding tujuh malam tadi dan banjir kini melibatkan daerah Kuching, Bau, Sebuyau, Samarahan, Betong, Serian, Gedong dan Simunjan. Sebuah PPS, iaitu di Dewan Kampung Koran Mawang, Serian diaktifkan bagi menempatkan 57 mangsa tanah runtuh daripada tujuh keluarga di kawasan itu.

Di Sabah, mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS Dewan SJK (C) Chung Hwa, Kota Belud terus meningkat pagi ini kepada 78 mangsa daripada 23 keluarga berbanding 68 mangsa daripada 21 keluarga malam tadi.

Seramai 528 mangsa daripada 123 keluarga dipindahkan ke enam PPS di Pitas manakala 45 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Kota Kinabalu.

Di Perak, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat sedikit, iaitu seramai 69 orang daripada 17 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 65 orang daripada 16 keluarga malam tadi dan kini ditempatkan di dua PPS di Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Di Terengganu, dimaklumkan bahawa jumlah penduduk yang berlindung di 112 PPS menurun kepada 15,243 mangsa berbanding 20,552 mangsa malam tadi di lapan daerah, iaitu di Kuala Terengganu, Kemaman, Besut, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Kuala Nerus.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di 48 PPS di Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Tumpat dan Bachok berkurangan pagi ini kepada 17,298 orang daripada 5,769 keluarga, berbanding 17,398 orang daripada 5,818 keluarga malam tadi.

Di Johor, Sekretariat JPBN menyatakan jumlah mangsa kekal 32 orang setakat 8 pagi ini dan mereka ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.


Mangsa banjir meningkat kepada 33,856 di seluruh negara 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo