Artikel Terkini

Mangsa Banjir Perlu Ambil Tahu, Elak Barang Elektrik Di Rumah Rosak

Mangsa Banjir Perlu Ambil Tahu, Elak Barang Elektrik Di Rumah Rosak
Mangsa Banjir Perlu Ambil Tahu, Elak Barang Elektrik Di Rumah Rosak 1

Selangor digempar dengan berita yang cukup menyayat hati lebih 30,000 orang menjadi mangsa banjir. Siapa yang menyangka perkara ini akan berlaku kepada rakyat Selangor dan beberapa buah negeri lain yang terlibat. Mangsa banjir perlu ambil tahu dan langkah berjaga-jaga

Acap kali kita mendengar negeri Pantai Timur yang sering menanggung kesan dari punca banjir pada setiap hujung tahun. Tetapi kali ini kesan yang amat dasyat melanda negeri yang tidak pernah mengalaminya.

IMPIANA mengambil kesempatan berkongsi teknik dan cara untuk mangsa banjir menjaga barang elektrik yang telah ditelengami air. Terutama peti sejuk, jika rumah anda sudah surut dengan air. Jangan terus menghidupkan suis peti sejuk anda. Biarkan ia selama 5 hari atau 7 hari biarkan komponen pada peti sejuk anda betul-betul kering. Komponen tersebut terletak pada belakang peti sejuk anda.

Begitu juga dengan perkakas elektrik lain. Jangan terus guna atau nyalakan suis ini mampu membuatkan perkakas elektrik anda terbakar atau meletop. Jadi elekkan perkara ini berlaku. Tambahan pula, kalau dah rosak nak kena beli baru kan. Ini semua adalah kos yang membuatkan ramai akan pening kepala.

Tip Cuci Rumah Lepas Banjir

1. Langkah pertama, pastikan barang yang tidak perlu terus dibuang dan yang mana masih berguna boleh dibasuh dengan sebaiknya. Hilangkan kesan lumpur dengan sebaiknya.

2. Seimbah keseluruhan dalam rumah dengan air bersih ulang sehingga kesan kotor seperti lumpur bekurangan. Tolak air kotor yang masih berada di dalam rumah.

3. Pastikan susun semula kedudukan asal kedudukan perabot dan hiasan dalam rumah anda.

Langkah Berjaga Musim Banjir

1. Simpan barang berharga di tempat yang mudah di capai dan mudah diselamatkan.
2. Packing baju dan keperluan peribadi ditempat berasingan yang mudah dicapai.
3. Pastikan anda sentiasa berada di dalam keadaan mood bersedia untuk dipindahkan, sewaktu musim banjir.
4. Awasi anak-anak dan jangan terlalu leka mahupun serabut dengan keadaan, bertenang dan berfikir dengan sebaiknya.

Kenderaan Masuk Banjir

Jika kenderaan anda ditenggelami banjir anda perlu lakukan ini.

1. Jangan start enjin.
2. Ambil gambar, catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir.
3. Bila Banjir dan surut, jangan start enjin lagi tetapi call towing insurans untuk tow kereta ke balai polis untuk buat report.
4. Selepas siap buat report, boleh hantar ke mana-mana workshop panel insurans untuk membuat claims.


Mangsa Banjir Perlu Ambil Tahu, Elak Barang Elektrik Di Rumah Rosak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo