Berita

Maqis rampas buluh tuah | Harian Metro

Maqis rampas buluh tuah | Harian Metro 2

Pelabuhan Klang: Sejumlah 16,300 pokok hiasan buluh tuah (Lucky Bamboo) bernilai RM52,486 ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kerana tidak mematuhi syarat import, di sini, Isnin lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, buluh tuah dari Indonesia itu dibawa masuk oleh sebuah syarikat tempatan di Pelabuhan Klang Utara.

Katanya, ketika menjalankan pemeriksaan rutin ke atas sebuah kontena, Maqis mengesan pokok hiasan seberat 8,000 kilogram (kg) yang didapati tidak mematuhi syarat import Maqis seperti dinyatakan dalam permit, lesen dan perakuan.

“Siasatan mendapati, syarikat terbabit dipercayai membawa masuk pokok hiasan terbabit untuk pasaran tempatan sebagai hadiah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zamri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana tidak mematuhi syarat import dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2), Akta sama.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Maqis akan terus memperketatkan kawalan dan tiada kompromi ke atas biosekuriti barangan yang dibawa masuk dari luar negara bagi memastikan komoditi pertanian mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan,” katanya.

Maqis rampas buluh tuah | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo