Berita

Markas ‘Geng Ais’ seleweng LPG subsidi ditumpaskan

Markas 'Geng Ais' seleweng LPG subsidi ditumpaskan 2

Putrajaya: Jadikan kilang simen berhampiran kawasan perindustrian sebagai markas kegiatan haram memindahkan gas petroleum cecair (LPG) subsidi menggunakan ketulan ais.

Difahamkan sindiket beroperasi di Puchong itu, menggunakan khidmat tiga lelaki warga asing untuk melakukan penyelewengan LPG subsidi itu sebelum dijual kepada pihak industri.

Kegiatan penyelewengan LPG subsidi itu dibongkar hasil risikan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya sebelum premis itu diserbu petang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan dilakukan jam 7 petang oleh sepasukan pegawai Penguatkuasa Unit Serbuan dan Taktikal bersama pegawai dari Seksyen Perisikan dan

Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Siasatan awal mengesyaki lokasi itu digunakan sebagai markas untuk memindahkan gas LPG bersubsidi dari silinder 14 kilogram (kg) ke dalam tong LPG industri seberat 50 kg.

“Semasa serbuan dilakukan, kami menemui peralatan antaranya hos paip dan ais batu disyaki digunakanbagi tujuan memindahkan gas dari silinder memasak kepada silinder industri.

“Turut ditahan tiga lelaki warga Indonesia yang disyaki diupah untuk melakukan kerja berkenaan. Hasil pemeriksaan dilakukan, kami merampas 191 tong LPG memasak 14 kg serta 79 tong LPG industri 50 kg yang mengandungi gas di dalamnya,” katanya.

Menurutnya, turut dirampas 34 tong LPG 50 kg dan 15 tong LPG 14 kg yang kosong selain paip, alat timbang digital dan dua lori milik sindiket.

“Difahamkan setong gas LPG industri seberat 50 kg dijual sindiket pada harga antara RM120 hingga 160 setiap satu,” katanya.

“Semua rampasan itu dianggarkan mencecah hampir RM150,000. Susulan itu tindakan dan siasatan diambil mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 membabitkan aktiviti mengilang LPG tanpa lesen sah,” katanya.

Markas 'Geng Ais' seleweng LPG subsidi ditumpaskan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo