Berita

Masa terbaik | Harian Metro

Masa terbaik | Harian Metro 1

Masa terbaik | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengambil peluang melabur dalam aset kukuh pada harga rendah berikutan persekitaran pasaran yang mencabar dicetuskan pandemik Covid-19 ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, pihaknya berpandangan sekarang adalah masa terbaik untuk membuat pelaburan kerana banyak aset kukuh yang dilelong ketika ini.

“Peluang seumpama ini muncul hanya sekali dalam seumur hidup dan ia perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam menjamin pulangan pelaburan yang tinggi pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, pengurus dana persaraan itu mampu untuk membuat pelaburan secara besar-besaran jika ia mempunyai dana mencukupi, yang mana ia memerlukan kerjasama ahlinya supaya membuat keputusan bijak dalam memutuskan untuk membuat pengeluaran caruman mereka.

“Apabila ahli mengeluarkan caruman, ini bermakna (dana) kami juga berkurang untuk dilaburkan. Jadi, kita kehilangan peluang pelaburan untuk melabur dalam aset mantap pada harga rendah.

“Ini membawa maksud kita menggadaikan peluang untuk menikmati pulangan lumayan pada masa depan,” katanya.

KWSP memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada April lalu yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama tempoh 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.

Skim itu memanfaatkan kira-kira 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion.

Dalam Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban kewangan ahli yang terjejas.

KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar RM15.12 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2020 dengan ekuiti menyumbang 54 peratus kepada jumlah pendapatan kasar.

Instrumen pendapatan tetap menyumbang RM6.17 bilion manakala sektor hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang masing-masing menyumbang RM470 juta dan RM370 juta.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Masa terbaik | Harian Metro 2

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo