Berita

Masih rindu Nirvana | Harian Metro

Masih rindu Nirvana | Harian Metro 2

BEKAS pemain dram Nirvana, Dave Grohl mengakui pembubaran kumpulan itu selepas penyanyinya, Kurt Cobain membunuh diri pada 1994 adalah episod paling sedih dalam hidupnya.

Grohl yang selepas itu mengasaskan Foo Fighters berkata, dia ‘patah hati’ kerana Nirvana yang membawa namanya dikenali di seluruh dunia tiada lagi untuk menghasilkan muzik hari ini.

“Ia perkara paling sedih dan mengecewakan saya apabila Kurt sudah tiada untuk menghasilkan lebih banyak lagu menarik. Dia memang dianugerahkan bakat yang hebat,” kata penyanyi dan pemain gitar Foo Fighters ini.

Bercerita mengenai Nirvana yang turut dianggotai pemain bass, Krist Novoselic, Grohl berkata, dia sendiri tidak menyangka kumpulan yang sinonim dengan muzik grunge itu mencatat kejayaan gemilang di seluruh dunia pada awal era 1990-an.

Mereka kemudian disertai pemain gitar kedua, Pat Smear pada 1993 bermain untuk konsert jelajah Nirvana.

“Dari lokasi kecil, persembahan kami berkembang ke arena lebih besar. Peminat juga semakin ramai, malah peminat di luar lebih ramai berbanding yang berada dalam menonton persembahan kami.

“Kami dapat rasakan sesuatu akan berlaku, tapi kami tak sangka nama Nirvana akan menjadi cukup besar. Tiada seorang pun daripada kami menjangkakan ia akan menjadi seperti itu.

“Kurt adalah penulis lagu terbaik untuk generasi kami. Saya bangga dapat menjadi pemain dram Nirvana dan memainkan lagu ciptaan Kurt setiap malam,” katanya.

NIRVANA bersama Pat Smear (kanan) yang menyertai mereka pada 1993. - FOTO Google
NIRVANA bersama Pat Smear (kanan) yang menyertai mereka pada 1993. – FOTO Google

Grohl turut berkongsi bagaimana dia menubuhkan Foo Fighters daripada serpihan yang ditinggalkan Nirvana.

“Ia agak kelakar kerana saya merahsiakannya cukup lama sebelum ia menjadi sebuah band popular. Antara sebabnya kerana saya takut orang akan kecam Foo Fighters kerana ketika itu saya masih bersama Nirvana. Saya juga tak selesa untuk berkongsi mengenai lagu yang sudah kami rakamkan ketika itu,” katanya.

Grohl berkata, antara sebab dia menubuhkan Foo Fighters adalah untuk bergerak ke hadapan dan tidak mahu tersekat di satu tempat saja.

“Foo Fighters adalah mengenai kesinambungan saya dalam kehidupan. Saya tidak mahu berada kekal di satu-satu tempat saja,” katanya.

Dalam pada itu, Grohl dan Smear baru-baru ini mendedahkan mereka pernah beberapa kali berjumpa Novoselic dan ‘jamming’ lagu Nirvana secara rahsia.

Smear ketika ditanya dalam satu temu bual sama ada dia rindu untuk bermain dengan Nirvana berkata, mereka bertiga pernah beberapa kali bermain muzik bersama-sama seperti mereka masih bersama Nirvana.

“Jika kami berada di bandar yang sama, kami akan berjumpa dan ‘jamming’ lagu Nirvana. Jadi, tak terlalu rindu sangat,” katanya.

Smear berkata, kali terakhir mereka berjumpa ialah ketika Foo Fighters merakamkan album terbaharu, Medicine At Midnight tahun lalu.

Bulan lalu, Grohl turut mendedahkan dia masih menyimpan impian mahu bersama Nirvana lagi.

Masih rindu Nirvana | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo