Berita

‘Masih terkejut filem dapat RM6.4 juta’

'Masih terkejut filem dapat RM6.4 juta' 1

'Masih terkejut filem dapat RM6.4 juta' 2

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah yang juga Youtuber popular, Syahmi Sazli, 25, mengakui terkejut apabila filem sulungnya Mael Totey The Movie (MTTM) mencatat sejarah apabila meraih kutipan sebanyak RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan.

Kejayaan itu sekaligus melakar nama filem MTTM yang mengatasi rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris di Astro First sebelum ini.

Syahmi ketika dihubungi berkata, dia masih terkejut dengan pencapaian yang diraihnya ini.

“Alhamdulillah…saya terkejut kerana ini filem pertama saya. Hasil filem pertama pun dah mampu cipta sejarah.

“Diikutkan saya sasarkan dah masuk Astro First pun dikira kejayaan besar buat seorang Youtuber macam saya. 

“Tapi itulah rezeki yang Allah nak bagi, Dia akan bagi walaupun macam-macam benda yang datang,” katanya kepada Harian Metro.

Syahmi tidak menafikan diuji dengan pelbagai dugaan sebelum dan semasa filem ini dihasilkan.

“Macam-macam orang datang dan cakap macam-macam mengenai usaha saya.

“Sampailah semasa ditayangkan dan nak habis tayangan pun orang masih bercakap.

“Mungkin perkara ini ada kebaikannya untuk filem saya. Baik atau buruk orang bercakap tetap juga dapat perhatian dan tetap buat orang kenal filem saya serta sedar kewujudannya,” katanya.

Menurutnya, kejayaan ini bukan terhasil daripada sokongan terhadapnya semata-mata, tetapi juga daripada teguran dan kritikan beberapa pihak.

“Jadi, saya bersyukur dan tak terasa hati. Macam-macam kecaman dilemparkan dan bagi saya biar kejayaan yang diraih menjawab segala persoalan yang dilemparkan,” katanya.

'Masih terkejut filem dapat RM6.4 juta' 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo