Artikel Terkini

MASkargo berusaha keras tangani penghantaran peralatan perubatan

MASkargo berusaha keras tangani penghantaran peralatan perubatan 1

MASkargo berusaha keras tangani penghantaran peralatan perubatan 2

MASkargo berusaha keras tangani penghantaran peralatan perubatan 3

KUALA LUMPUR: Bahagian kargo Malaysia Airlines, MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo), sedang berusaha sepanjang masa bagi menangani penghantaran peralatan perubatan dalam perjuangan negara ini mengekang wabak COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Ibrahim Mohamed Salleh berkata syarikat penerbangan kargo itu bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar Negeri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi memastikan semua peralatan perubatan dihantar.

“Untuk menampung permintaan pengangkutan udara yang agak luar biasa tinggi, kami sedang berinovasi dengan menggunakan pesawat penumpang untuk membawa kargo yang dipanggil projek P2C,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Setakat ini, MASkargo telah melakukan penerbangan sejumlah 94 P2C sejak 22 Mac dan lebih daripada 250 penerbangan dirancang sehingga 31 Mei 2020.

Syarikat penerbangan kargo itu sedang sibuk menanggung permintaan pajakan yang tinggi selain terpaksa melaksanakan operasi berjadual.

“Kami telah menyelesaikan empat penerbangan pajakan pada bulan ini dan mempunyai beberapa lagi penyewaan, kebanyakannya membabitkan penghantaran peralatan perubatan untuk petugas penjagaan kesihatan di barisan hadapan,” katanya.

Beliau berkata satu lagi penerbangan akan tiba dari Shanghai hari ini membawa hampir 40 tan peralatan perubatan seperti topeng, gogal dan lain-lain peralatan hospital.

“Kami akan terus menggerakkan pesawat kami bagi menyokong permintaan Malaysia untuk barangan segera di tengah-tengah krisis ini,” tambahnya.

–BERNAMA



MASkargo berusaha keras tangani penghantaran peralatan perubatan 2

Source link