Artikel Terkini

MCMC keluar 112 kompaun bernilai lebih RM4.6 juta

MCMC keluar 112 kompaun bernilai lebih RM4.6 juta
MCMC keluar 112 kompaun bernilai lebih RM4.6 juta 1

CYBERJAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan sebanyak 112 kompaun bernilai RM4,696,000 sepanjang tahun 2022 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta perundangan subsidiari di bawah akta tersebut.

Menurut Jabatan Komunikasi Korporat MCMC, daripada jumlah itu, sebanyak 106 kompaun dikeluarkan terhadap pemegang lesen MCMC melibatkan 53 kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penomboran) 2016.

Katanya, ia melibatkan kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.

“Selain itu, 27 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002.

“Sebanyak 17 kompaun pula bagi kesalahan di bawah Seksyen 105 (3) AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi standard mandatori,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurutnya, MCMC turut mengeluarkan sebanyak lima kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 242 AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi syarat-syarat lesen.

“Dua kompaun lagi bagi kesalahan di bawah Seksyen 127 AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi ‘Guidelines on Registration of End-Users of Prepaid Public Cellular Services’.

“Pada masa sama, dua kompaun turut dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Seksyen 126 AKM 1998 iaitu menawarkan perkhidmatan tanpa lesen,” ujarnya.

Katanya, pihak MCMC turut mengeluarkan enam kompaun terhadap pihak bukan pemegang lesen merangkumi lima kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui.

“Satu lagi kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 235 AKM 1998 iaitu menyebabkan kerosakan kepada kemudahan rangkaian,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.


MCMC keluar 112 kompaun bernilai lebih RM4.6 juta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo