Berita

MDEC lantik 4 ahli lembaga pengarah

MDEC lantik 4 ahli lembaga pengarah 1

MDEC lantik 4 ahli lembaga pengarah 2

Kuala Lumpur: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melantik empat perintis industri sebagai ahli lembaga pengarah dalam usaha meningkatkan penciptaan ekonomi digital negara dalam era evolusi industri keempat (IR.40) dan menuju wawasan Malaysia 5.0.

Menurut agensi itu empat ahli baharu itu adalah Presiden AirAsia Group (AirAsia Digital) Aireen Omar, pengasas bersama Kecerdasan Buatan dalam Perubatan Epidemiologi Dr Dhesi Baha, Pengurus Besar operasi pasaran Asia AXA Group Farouk Peter Lee serta pengarah perundangan dan pengurusan AHB International Bhd Jaleeludeen Abu Baker.

“Ahli-ahli baharu ini akan melengkapkan tujuh ahli lembaga pengarah sedia ada, yang akan bekerja bersama ketua pegawai eksekutif MDEC Surina Shukri dan pasukan pengurusan yang berpengalaman dalam menerajui agensi bagi mencapai matlamat untuk mencipta semula pendekatannya terhadap pertumbuhan rakyat Malaysia yang mahir dalam pendigitalan, perniagaan yang dijana secara digital dan pelaburan digital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi MDEC Datuk Wira Rais Hussin Mohamed Ariff berkata pelantikan baharu itu akan menentu ukur semula dan mempelbagaikan komposisi ahli lembaga pengarah MDEC bagi memperkukuhkan wawasannya dalam memberikan manfaat teknologi digital dan penyelesaian kepada semula lapisan masyarakat di Malaysia.

“Pemimpin baharu ini mempunyai rekod prestasi yang diiktiraf di peringkat dunia akan memberikan kepakaran yang lebih mendalam, kepimpinan berprestasi tinggi dan tadbir urus yang lebih cekap kepada MDEC dan semua pihak berkepentingan.

“Mereka juga akan memperkasakan usaha kami dalam memanfaatkan peluang pada tahap berikutnya, yang menguntungkan perusahaan mikro kecil dan sederhana, pekerja gig, syarikat multinasional dan sektor awam,” katanya.

MDEC lantik 4 ahli lembaga pengarah 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo