Artikel Terkini

MDEC pacu agenda digital melalui eRezeki

MDEC pacu agenda digital melalui eRezeki
MDEC pacu agenda digital melalui eRezeki 1

KUALA LUMPUR – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia telah melaksanakan program eRezeki sepanjang tahun 2022.

Ia sebuah program latihan dan penempatan pekerjaan yang tertumpu kepada penjanaan pendapatan bernilai tinggi untuk pekerja gig.

Berlangsung selama tiga bulan bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember 2022, program eRezeki ini telah memperkasakan lebih 8,000 pekerja gig dengan menyasarkan penyertaan isi rumah daripada golongan B40 dan M40.

Program eRezeki merupakan antara salah satu program di bawah Kempen Saya Digital, yang memberikan tumpuan kepada empat fokus utama iaitu:

SayaDigital Urusan Seharian
SayaDigital Memperkasa Kerjaya
SayaDigital Menambah Pendapatan
SayaDigital Meluaskan Perniagaan

Program ini memberi tumpuan kepada teras ketiga dalam Kempen Saya Digital, iaitu ‘Menambah Pendapatan’ yang turut memfokuskan kepada sektor bernilai tinggi untuk peserta menjana pendapatan seperti bidang kreatif dan perniagaan; pembaikan, pemasangan dan penyelenggaraan serta perkhidmatan domestik; perkhidmatan pelancongan; penjagaan kesihatan dan gaya hidup; perkhidmatan profesional digital, iklan, promosi dan pemasaran; pendidikan dan latihan; serta perkhidmatan pengedaran.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz berkata, MDEC secara konsisten telah memperkenalkan kempen dan program yang membuka ruang kepada pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat malah dalam masa yang sama juga memperkasakan pembangunan ekonomi perkongsian di Malaysia.

“Seperti yang diumumkan ketika pelancaran Malaysia Digital (MD), iaitu sebuah inisiatif strategik nasional, MDEC akan terus menerapkan pendekatan yang inklusif dalam membentuk sebuah ekosistem yang kondusif untuk usahawan tempatan dan juara global, sekaligus meningkatkan sumbangan daripada ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Jalinan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi MDEC terutama dalam menggalakkan aktiviti ekonomi perkongsian, termasuk ekonomi gig, diharap akan terus mendemokrasikan dan memudahkan akses ke arah menyertai ekonomi digital pertumbuhan tinggi,” tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.

MDEC akan bekerjasama dengan 10 rakan strategik yang telah dilantik daripada sektor bernilai tinggi berkenaan berdasarkan kriteria ditetapkan dan kapasiti mereka dalam menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi.

Sepanjang program eRezeki berlangsung, rakan kongsi strategik MDEC ini akan menjalankan latihan dan penempatan pekerja gig menerusi platform dalam talian dan juga sesi fizikal, serta memastikan peserta dapat menjana pendapatan menerusi program tersebut.

Kesemua rakan kongsi strategik untuk eRezeki ini telah dilantik berdasarkan penglibatan mereka dalam sektor bernilai tinggi yang telah dikenalpasti oleh MDEC. Tambahan lagi, 10 syarikat ini merupakan sebahagian daripada 137 rakan strategik MDEC yang diluluskan oleh Jawatankuasa Sumber Khalayak (Crowdsourcing Committee).

Jawatankuasa Sumber Khalayak yang diketuai oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) ini telah diberi mandat oleh Jawatankuasa Pemandu Digital Malaysia pada tahun 2014 dimana peranan utamanya adalah untuk mengesahkan platform ekonomi perkongsian di Malaysia.

10 rakan kongsi tersebut ialah – Inbosz Technologies Sdn Bhd (Candy Share), Bateriku(M) Sdn Bhd (Bateriku), Win Quarters Sdn Bhd (PantangPlus), OGN Online Sdn Bhd (Kumoten), Go Coach Global Sdn Bhd (GoCoach), Big Domain Sdn Bhd
(Colla Team), Tourplus Technology Sdn Bhd (Tourplus), Mr Wireman Sdn Bhd (Mr Wireman), Beedan Network (MyBidan) dan 123rf Technology Sdn Bhd (123rf).

Program eRezeki diperkenalkan pada tahun 2015 bagi membuka ruang kepada komuniti B40 dan M40 di kawasan bandar untuk memperoleh pendapatan tambahan melalui platform digital.

Program ini juga telah disenaraikan sebagai salah satu program utama dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Sejak diperkenalkan, program ini berjaya melatih seramai 312,735 peserta untuk mereka memanfaatkan platform digital dan memperoleh pendapatan dalam talian sekali gus telah menjana jumlah pendapatan kolektif sebanyak RM2.51 bilion setakat Disember 2021. – MalaysiaGazette

MDEC pacu agenda digital melalui eRezeki 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo