Infotainment

Media Prima Kembali Bangkit, Catat Untung Bersih RM51.6 Juta

Media Prima Kembali Bangkit, Catat Untung Bersih RM51.6 Juta
Media Prima Kembali Bangkit, Catat Untung Bersih RM51.6 Juta 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Tahun yang penuh makna buat Media Prima Berhad (Media Prima) selepas berjaya mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) berjumlah RM51.6 juta bagi tahun kewangan 2021 sekaligus memperbaiki kerugian selepas cukai (LAT) sebanyak RM18.1 juta bagi tahun kewangan 2020.

Kejayaan yang diperoleh secara tidak langsung menjadi keuntungan tahun penuh pertama Media Prima Berhad sejak tahun kewangan 2018.

Meskipun dilanda persekitaran yang mencabar disebabkan pandemik COVID-19, perolehan meningkat sebanyak 8% kepada RM1.1 bilion pada tahun kewangan 2021 berbanding RM1 bilion pada tahun kewangan 2020 serta dibantu oleh perolehan pengiklanan yang kukuh dari platform jualan Kumpulan, Media Prima Omnia (Omnia).

Perolehan pengiklanan Kumpulan yang lebih kukuh juga disokong oleh perniagaan penyiaran yang mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak 38 % berbanding tahun sebelumnya.

Perolehan jualan kandungan meningkat tiga kali ganda pada tahun kewangan 2021 berbanding tahun sebelumnya sekaligus membuktikan kejayaan pelaksanaan strategi pengedaran dan program kandungan.

Media Prima kekal sebagai penerbit digital terkemuka bagi audiens peranti mudah alih selepas memperoleh 15.9 juta pelawat unik pada Disember FY21.

Perniagaan digital Kumpulan yang dipacu oleh REV Media Group, mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak 10 peratus pada FY21 berbanding tahun lalu, disokong oleh perolehan pengiklanan yang lebih memberangsangkan.

Perniagaan penerbitan Kumpulan, New Straits Times Press (NSTP) pada tahun kewangan 2021 mencatatkan keuntungan disokong oleh kos strukturnya yang lebih optimum dan pertumbuhan dalam perolehan percetakan dan pengedaran lebih daripada 20 peratus pada FY21 berbanding tahun sebelumnya.

Portal dalam talian milik NSTP seperti myMetro dan BH Online telah disenaraikan sebagai portal berita dalam talian yang paling banyak dibaca di Malaysia dengan jumlah bacaan sebanyak 8 juta dan 7.4 juta jumlah pelawat unik purata.

Melihat kepada lebih banyak sektor ekonomi dibuka semula pada 2022, Media Prima optimis akan melangkah lebih jauh dan terus berusaha lebih lagi. Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali berkata, tahun 2021 adalah tahun yang mencabar bagi semua namun ia telah menjadi satu rekod pencapaian terbaik bagi Kumpulan sepanjang enam tahun ini.

“Tahun ini adalah tahun pertama kami mencatatkan keuntungan Kumpulan sejak tahun kewangan 2015 walaupun tahun kewangan 2018 merekodkan keuntungan disebabkan penjualan aset hartanah Kumpulan.

“Selain itu, kami kekal sebagai pilihan nombor satu Malaysia untuk kandungan peranti mudah alih berbanding pesaing-pesaing yang lebih besar.

“Kami juga berbesar hati melihat tanda-tanda pemulihan bagi perniagaan penerbitan kami yang merekodkan peningkatan dalam perolehan percetakan dan pengedaran.

“Ini adalah satu pencapaian besar buat kami dan kami amat berbangga dengan kerja keras pasukan,” katanya.

Lembaga Pengarah Kumpulan mengisytiharkan pembayaran dividen pertama dan terakhir sebanyak 1.5 sen sesaham biasa untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Tular pada minggu ini apabila sebuah resort menjadi mangsa buli calon SPM 2021 selepas didakwa menjadi punca salah jawab ujian mendengar.

Resort Ini Jadi Mangsa Buli Calon SPM 2021, Dakwa Jadi Punca Salah Jawab Ujian Mendengar

Netizen Pertikai Keberkesanan RFID Selepas Gambar Pengguna ‘Tersangkut’ Di Tol Jalan Duta Tular


Media Prima Kembali Bangkit, Catat Untung Bersih RM51.6 Juta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list