Berita

Melaka United makin mengancam | Harian Metro

Melaka United makin mengancam | Harian Metro 2

Melaka: Gandingan dua penyerang baharu Melaka United (MU), Alex dos Santos Goncalves dari Brazil dan Stefan Nikolic dari Montenegro dijangka bakal meningkatkan persembahan pasukan di pentas Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Goncalves menandatangani kontrak semalam manakala Nikolic masih menjalani kuarantin di ibu negara menjadi taruhan terbaik ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan dalam pembentukan imej skuad berkenaan.

Zainal berkata, gandingan mereka diyakini mampu menyerlah musim ini sekali gus bakal mengubah taktikal pasukan berbanding musim lalu yang ketandusan jaringan.

Menurutnya, reputasi dan kredibiliti hebat mereka bersama pasukan masing- masing sebelum ini juga diharap bakal diterjemah dengan cemerlang sambil dibantu rakan sepasukan yang lain.

“Apapun, kelemahan pasukan musim lalu yang gagal menjaringkan gol dikenalpasti untuk pembentukan pasukan kali ini menerusi kehadiran aset baharu skuad berkenaan.

“Pada keseluruhan pasukan kini dilengkapi 26 pemain dengan kini kami hanya menunggu lampu hijau untuk mereka menjalani latihan dan mengharungi aksi pra musim,” katanya.

Bagaimanapun, persiapan skuad Hang Tuah dilihat terjejas susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus menyaksikan perjalanan latihan tergendala.

Sehubungan itu, Zainal mengharapkan latihan bakal disambung semula sedikit masa lagi dalam usaha pembentukan keserasian termasuk dengan kehadiran muka baharu.

Baginya, masa singkat yang ada memerlukan banyak `kerja’ yang perlu dilakukan bagi memastikan pemain bersedia memberi persembahan terbaik menjelang saingan Liga M bermula Mac depan.

Selain Goncalves, MU turut mengikat pemain kebangsaan Filipina, Manuel Gelito Ott atau lebih dikenali Manny Ott, sebagai import kuota Asean serta menyambung kontrak pemain sayap kelahiran Haiti, Sony Norde dan pertahanan dari Korea Selatan Jang Suk-Won.

Melaka United makin mengancam | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo