Infotainment

Menang Artis Baru Lelaki Popular, Netizen Persoal Siapa Chubb-E

Menang Artis Baru Lelaki Popular, Netizen Persoal Siapa Chubb-E 1

Menang Artis Baru Lelaki Popular, Netizen Persoal Siapa Chubb-E 2

Mencipta kejutan apabila dinobat Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 malam tadi, Chubb-E menewaskan calon favourite seperti Zynakal dan Yonnyboii dalam kategori berkenaan.

Namun, kemenangan Chubb-E atau nama sebenar, Muhammad Shahrul Ashlyn Awang Ashrul Affandy ternyata menimbulkan persoalan netizen yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Chubb-E kerana ramai tidak mengenali penyanyi itu.

Kata netizen lagi, mereka tidak pernah melihat Chubb-E di kaca televisyen dan tidak dikenali ramai tetapi boleh dinobat sebagai Artis Baharu Lelaki Popular. Namun ada segelintir netizen mengatakan mereka mengenali penyanyi itu sejak dari program realiti kanak-kanak Ceria PopStar dan MegaStar.

Menang Artis Baru Lelaki Popular, Netizen Persoal Siapa Chubb-E 3

Hampir lapan tahun berkecimpung dalam dunia seni. Chubb-E pernah tampil dengan single Aku Tak Kisah pada 2018 disusuki Kita, tahun lalu dan terbaru, Padan Muka. Chubb-E mula mendapat perhatian apabila menyertai program realiti Dansa Dan Sing, tahun lalu.

Akui terkejut dengan kemenangan tersebut, Chubb-E mengucapkan terima kasih buat peminatnya dan tidak sangka kemenangan berpihak padanya. Ujarnya, kemenangan tersebut adalah hadiah untuk ibu bapanya.

“Saya tak jangka dan tergamam berganding dengan artis berpengalaman. Terima kasih kepada peminat. Ada usaha berkempen dengan peminat. Tetapi, saya tak sangka ia menyebelahi saya. Hadiah untuk mak ayah sebab hari lahir mereka jatuh bulan ini,” katanya.



Menang Artis Baru Lelaki Popular, Netizen Persoal Siapa Chubb-E 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo