Berita

Mengenang setahun pemergian Ashraf Sinclair

Mengenang setahun pemergian Ashraf Sinclair 2

 

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari atau BCL mengambil kesempatan menziarahi pusara suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair yang genap setahun meninggal dunia semalam.

Dalam kunjungan bersama anaknya Noah, BCL menitipkan catatan ringkas istimewa buat Ashraf.

“Hai Daddy, setahun sudah kamu telah pergi meninggalkan kami. Hari ini, kami ingin memberitahu bahawa setahun yang lalu amat sukar buat kami berdua hidup tanpa kamu, tapi kami baik-baik sahaja.

“Kami cuba dengan situasi yang baru ini. Oleh itu, kamu jangan risau tentang kami. Semoga kamu bahagia di sana. Kami sangat merinduimu,” tulisnya.

Ia sekaligus membuktikan kedua beranak itu sudah dapat menerima kenyataan kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Dalam masa sama, mereka sudah reda menerima ketentuan Tuhan seperti diucapkan oleh BCL menerusi temubual The Untold Story about Love Story di Instagramnya. 

Perkongsian di Instagram itu menyentuh perasaan peminat yang sentiasa menyuntik semangat kepadanya.

Kebanyakan mereka meminta agar Bunga dan Noah kekal tabah menempuhi dugaan dalam hidup.

Tidak ketinggalan ada juga yang mendoakan agar Allahyarham Ashraf ditempatkan di kalangan orang beriman. 

Ashraf yang berasal dari Malaysia meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari 2020 dipercayai akibat serangan jantung.

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.

Sejak pemergian suaminya, BCL pernah berkata, tidak pernah satu hari pun dirinya tidak merindui Ashraf. Dia juga sentiasa menziarahi pusara suaminya bagi mengubati kerinduan.

 

Mengenang setahun pemergian Ashraf Sinclair 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo