Berita

Meningkat 200 peratus | Harian Metro

Meningkat 200 peratus | Harian Metro 2

CO-OPBANK Pertama (CBP) berada di landasan tepat untuk menyalurkan RM350 juta pembiayaan Ar-Rahnu CBP menjelang 2021 berbanding RM194.5 juta setakat November 2020.

   Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nor Abd Razak berkata, pihaknya yakin jumlah itu dapat dicapai menerusi kesedaran orang ramai yang beralih daripada pajak gadai konvensional kepada pajak gadai Islam (Ar-Rahnu).

Selain itu, jangkaan lebih ramai pelanggan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkunjung ke Ar-Rahnu.

   Katanya, CBP turut menyaksikan peningkatan sehingga 200 peratus bagi segmen Ar-Rahnu sejak ia dilaksanakan secara menyeluruh pada 2018.

   “Kami merancang menjadikan perkhidmatan Ar-Rahnu CBP sebagai produk utama dalam tempoh beberapa tahun akan datang memandangkan segmen ini menyumbang 2.5 peratus kepada aset pembiayaan CBP setakat November 2020.

   “Kami optimis meningkatkan jumlah sumbangan ini antara empat ke lima peratus pada tahun depan,” katanya.

   Menurutnya, menjelang 2021, CBP melancarkan Ar-Rahnu 2.0, konsep Ar-Rahnu yang berlandaskan konsep Tawarruq.

   Mohd Nor berkata, di samping itu, jumlah pembiayaan terkumpul bagi perkhidmatan Ar Rahnu juga dinaikkan kepada RM350,000 berbanding RM200,000, sebelum ini.

   “Selain itu, CBP juga mempunyai perancangan membuka sekurang-kurangnya 20 lagi cawangan Ar-Rahnu di seluruh negara.

   “Kini, semua 28 cawangan CBP di seluruh negara menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu dan cawangan baharu di Setapak yang akan menjadi Centre Ar-Rahnu bagi CBP sebelum konsep ini dikembangkan lagi pada masa akan datang,” katanya.

  Beliau berkata, Ar-Rahnu CBP juga semakin menjadi pilihan berikutan memberi kadar upah simpan serendah 60 sen bagi nilai marhun RM5,000 ke atas dan terendah di pasaran.

   “Kelebihan lain, Ar-Rahnu CBP mempunyai perlindungan takaful. Oleh itu, pelanggan tidak perlu risau sekiranya berlaku kecurian emas atau hilang emas di CBP kerana dengan perlindungan ini, kami membayar balik kepada pelanggan nilai emas apabila berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Meningkat 200 peratus | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo