Infotainment

“Menyusahkan Bomba Datang” – Dah Jadi Trend, Gantung Baju Pengantin Di ‘Fire Sprinkler’ Patut Dihentikan Sebab…

“Menyusahkan Bomba Datang” – Dah Jadi Trend, Gantung Baju Pengantin Di ‘Fire Sprinkler’ Patut Dihentikan Sebab…
“Menyusahkan Bomba Datang” – Dah Jadi Trend, Gantung Baju Pengantin Di ‘Fire Sprinkler’ Patut Dihentikan Sebab… 1

Perbuatan menggantung baju kahwin pada ‘fire sprinkler‘ atau penyiram kecemasan kini seperti sudah menjadi trend yang dilakukan oleh bakal pengantin.

Bagaimanapun, perbuatan tersebut sebenarnya tidak digalakkan kerana penyiram kecemasan tidak boleh disalahgunakan.

Apa Itu Fire Sprinkler?

Fire sprinkler merupakan penyiram kecemasan yang mempunyai bebuli atau mentol di bahagian tengah dan diperbuat daripada kaca yang rapuh. Bahagian ini sememangnya berfungsi supaya mentol untuk pecah kerana suhu tinggi sekaligus mengaktifkan sistem penggera.

Jadi, perbuatan menggantung objek akan menimbulkan risiko pada mentol tersebut dilanggar dan pecah secara tak sengaja. Terutama apabila hanger baju yang digunakan diperbuat daripada besi akan meninggikan lagi risiko mentol untuk terpecahkan.

“Menyusahkan Bomba Datang” – Dah Jadi Trend, Gantung Baju Pengantin Di ‘Fire Sprinkler’ Patut Dihentikan Sebab… 2

Menurut laporan Mstar, kes ini pernah terjadi 3 tahun lalu apabila sepasang pengantin menggantung baju pada fire sprinkler dan menyebabkan mentol pecah sekaligus menyebabkan lantai hotel banjir dan pihak bomba terpaksa datang ke lokasi.

“Menyusahkan Bomba Datang” – Dah Jadi Trend, Gantung Baju Pengantin Di ‘Fire Sprinkler’ Patut Dihentikan Sebab… 3

Kesan Fire Sprinkler Pecah?

Menurut National Fire Protection Association (NFPA), perbuatan menggantung objek pada fire sprinkler adalah dilarang dalam undang-undang sesetengah negara.

Hal ini kerana, fire sprinkler boleh mengurangkan kadar kematian sebanyak 87% dan kadar kecederaan sebanyak 27% manakala merendahkan risiko kerosakan harta benda sebanyak 70%. Jadi, sekiranya penyiram kecemasan disalahgunakan akan menyebabkan:

1. Pembayaran beribu-ribu sebagai ganti rugi untuk memasang semula penyiram kecemasan.

2. Sementara menunggu penyiram kecemasan dipasang semula, beberapa nyawa akan terancam kerana ketiadaan fire sprinkler untuk memadam api kebakaran.

3. Menyebabkan panggilan palsu ke atas pihak bomba.

Kesimpulan

Oleh itu, bakal pengantin diggalakkan untuk tidak menggunakan fire sprinkler untuk mengambil gambar baju perkahwinan, sebaliknya boleh menggunakan tempat penggantung lain seperti:

1. Ranting atau dahan pokok.

2. Pintu atau tingkap.

3. Patung mannequin.

4. Railing langsir

5. Almari.

“Menyusahkan Bomba Datang” – Dah Jadi Trend, Gantung Baju Pengantin Di ‘Fire Sprinkler’ Patut Dihentikan Sebab… 4

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Menyusahkan Bomba Datang” – Dah Jadi Trend, Gantung Baju Pengantin Di ‘Fire Sprinkler’ Patut Dihentikan Sebab… 5


2 minggu lalu

Sakit Kepala Sampai Berdenyut? Ini Penjelasan Doktor Tentang ‘Migraine’


“Menyusahkan Bomba Datang” – Dah Jadi Trend, Gantung Baju Pengantin Di ‘Fire Sprinkler’ Patut Dihentikan Sebab… 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo