Berita

Mercun ‘diwali’ burukkan kualiti udara India


New Delhi: Sambutan Deepavali di India dicemari kemerosotan kualiti udara yang teruk di beberapa bandar di seluruh negara, susulan pembakaran mercun secara haram.

Asap tebal kelihatan di beberapa tempat tumpuan di bandar ini pada malam sambutan Diwali hingga lewat Sabtu, menurut Hindustan Times.

Indeks kualiti udara mencatatkan kategori sangat berbahaya pada 11 malam membabitkan Anand Vihar (481), kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi (444) dan kawasan Lodhi Road (414).

India menguatkuasakan larangan penjualan mercun dan pembakarannya mengikut dasar kerajaan dan Tribunal Hijau Kebangsaan, tahun ini

Larangan itu termasuk di barat Bengal dan Telangana bagi mengurangkan pencemaran udara yang berisiko kepada pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2020 @ 12:31 PM



Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo