Infotainment

Meta Tuduh PDRM Buat Akaun Palsu Untuk ‘Puji Kerajaan, Troll Pembangkang’?

Meta Tuduh PDRM Buat Akaun Palsu Untuk ‘Puji Kerajaan, Troll Pembangkang’?
Meta Tuduh PDRM Buat Akaun Palsu Untuk 'Puji Kerajaan, Troll Pembangkang'? 1

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikaitkan dengan halaman troll yang mempromosikan kerajaan dan mengkritik pembangkang. Menurut syarikat teknologi Meta dalam Quarterly Adversarial Threat Report, hampir 1,000 akaun Facebook dan Instagram serta kumpulan dan halaman Facebook telah dialih keluar kerana melanggar polisi platform terhadap ‘tingkah laku tidak sahih yang diselaraskan’ (CIB), lapor The Vibes.

Meta mendefinasikan ketidakpatuhan kepada polisi platform adalah dengan menggunakan akaun palsu dengan niat untuk memanipulasi masyarakat awam dengan tujuan tertentu. Di Malaysia, laporan itu berkata 596 akaun Facebook, 180 halaman, 11 kumpulan dan 72 akaun Instagram telah dialih keluar kerana melanggar polisi serta menyasarkan penduduk domestik negara ini.

Laporan itu menambah bahawa rangkaian itu aktif merentasi Internet, termasuk Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram, dan menyiarkan meme dalam bahasa Melayu untuk menyokong kerajaan dan memuat naik dakwaan rasuah dalam kalangan pengkritiknya. Laporan itu juga mendapati kira-kira AS$6,000 (RM26,739) dibelanjakan untuk pengiklanan di Facebook dan Instagram.

“Di Facebook, rangkaian ini menguruskan halaman, termasuk yang menyamar sebagai entiti berita bebas, dan mempromosikan polis sambil mengkritik pembangkang. Biasanya, aktiviti mereka banyak pada hari bekerja, masa berehat untuk makan tengah hari. Akaun palsu mereka agak kurang dibangunkan dan sebahagian daripada mereka menggunakan gambar profil yang dicuri. Sebahagian daripadanya dikesan dan dilumpuhkan oleh sistem automatik kami,” tambah syarikat itu seperti yang dilaporkan oleh The Star.

Blossom Wong, bekas perisik PDRM yang gayakan ceongsom sewaktu bertugas. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Blossom Wong, Bekas Perisik PDRM Yang Gayakan Ceongsam Sewaktu Bertugas

Tonton PDRM Guna Dron Untuk Bantu Pantau Kesalahan Dan Lancarkan Aliran Trafik Sempena Raya

PDRM Bakal Uji BMW M3 Sebagai Kenderaan Rasmi?


Meta Tuduh PDRM Buat Akaun Palsu Untuk 'Puji Kerajaan, Troll Pembangkang'? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list